Review Diet Telur – Berserta Menu Resipi

Diet telur ini banyak diperkatakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mana taknya, pengalaman beberapa selebriti terkenal luar dan dalam negara seperti Nicole Kidman dan juga Zulin Aziz yang berjaya menguruskan badan dengan melakukan diet telur.

Malah Zulin Aziz pernah berkongsi pengalaman beliau melakukan diet telur ini di media sosial dan berjaya turun sehingga 10 kg! (1)

Diet apapun yang dilakukan, untuk berjaya menguruskan badan pastilah dengan melakukan kalori defisit. Selain itu, pemakanan yang sihat dan seimbang juga memainkan peranan dalam kejayaan perjalanan pengawalan berat badan seseorang.

Saya secara peribadi merasakan melakukan diet telur ini agak sukar dan terhad untuk dilakukan kerana menunya agak membosankan. Namun, saya telah memodifikasi menu diet telur selama seminggu dengan 15 resipi menarik yang boleh anda lakukan sendiri di rumah.

Bagi mereka yang tercari-cari diet yang tak makan nasi boleh mencuba diet telur ini.

Apa itu diet telur?

diet telur

Diet telur adalah merupakan komponen dari diet keto. Diet keto pula mempunyai prinsip pemakanan yang rendah karbohidrat, tinggi lemak dan kandungan protein yang sederhana.

Diet keto membuatkan badan berada dalam keadaan ketosis di mana badan menggunakan keton sebagai sumber tenaga menggantikan glukosa. (2)

Dengan melakukan diet telur, boleh membantu bagi mereka yang mempunyai masalah penurunan berat badan yang plateau.

Untuk mencapai ketosis, hanya boleh mengambil karbohidrat sebanyak 50 gram sahaja sehari. Dan untuk mencukupkan keperluan makronutrient lainnya adalah dengan mengambil makanan tinggi lemak dan protein yang sederhana.

Diet keto boleh membantu menguruskan badan kerana diet ini memberikan rasa kenyang, mengurangkan pilihan makanan, meningkatkan pengambilan sumber protein, dan berpotensi membakar lemak. (3, 4, 5)

Kenapa telur?

Ini adalah kerana telur merupakan antara pilihan protein yang berkualiti, mempunyai lemak sihat dan vitamin serta mikronutrien yang memberi banyak manfaat pada tubuh badan kita.

Telur juga mempunyai kalori yang rendah. Anggaran sebiji telur sederhana besar adalah sekitar 74kcal. Oleh kerana itu, tidak hairanlah kenapa ramai orang mencuba melakukan diet telur ini. (2)

Namun, perlu saya ingatkan dalam melakukan apa juga jenis diet dengan melakukan kalori defisit boleh membantu menguruskan badan. Anda boleh mengira berapa kalori yang diperlukan untuk mengurangkan berat badan dengan memasukkan data anda di bawah.

Calculate your optimal calories
Step 1: Basic Information
Imperial
Metric
years
Step 2: Activity Level
Step 3: Select your goal

10 Manfaat Makan Telur

  1. Mempunyai Kandungan Nutrien Yang Tinggi

Telur merupakan antara makanan yang mempunyai nilai gizi yang tinggi. Sebiji telur mempunyai: (3)

  • Vitamin A : 6 % dari RDA
  • Folate : 5% dari RDA
  • Vitamin B5 : 7% dari RDA
  • Vitamin B12 : 9% dari RDA
  • Vitamin B2 : 15% dari RDA
  • Phosphorus : 9% dari RDA
  • Selenium : 22% dari RDA

Telur juga mengandungi kandungan kalsium, Vitamin D, Vitamin E, Vitamin K, Vitamin B6 dan zinc.

2. Tinggi Kolesterol, Tapi Tidak Memberi Efek Kepada Kadar Kolesterol Dalam Darah.

Memang benar telur mengandungi nilai kolesterol yang tinggi.

Sebiji telur mengandungi 212mg kolesterol, melebihi daripada cadangan makanan harian yang diperlukan iaitu 300mg.

Namun pengambilan kolesterol di dalam diet tidak semestinya menaikkan kadar kolesterol di dalam darah. (4,5)

Ini adalah kerana hati menghasilkan kolesterol setiap hari. Jika kita mengambil kolesterol di dalam diet kita, hati akan menghasilkan jumlah kolesterol yang sedikit bagi mengimbangi keperluan badan.

Kolesterol diperlukan untuk membina bentuk membrane sel dan juga membantu dalam penghasilan vitamin D untuk badan. (6,7)

Namun tidak dinafikan tindakbalas tubuh badan seseorang adalah berbeza di antara satu sama lain. (8)

  • 70% respoden tidak ada peningkatan jumlah kolesterol dalam darah.
  • 30% mengalami peningkatan kolesterol dalam darah (“hyperresponder”) Mereka ini mempunyai kelainan genetik seperti familial hypercholesterolemia atau varian gen ApoE4. Golongan ini hendaklah mengurangkan pengambilan telur.

3. Meninggikan kadar HDL (kolesterol baik) dalam darah.

Makan telur membantu dalam meningkatkan kadar HDL dalam darah. Dalam satu penelitian dengan mengambil dua bij telur setiap hari selama enam minggu, menaikkan kadar HDL sebanyak 10%. (9, 10, 11)

Mereka yang mempunyai kadar HDL yang tinggi mempunyai risiko penyakit jantung, stroke yang rendah. (12, 13, 14, 15)

4. Mengandungi Choline

Choline penting dalam membina dinding sel membrane dan menghasilkan isyarat molekul pada otak. (16)

Sebiji telur mengandungi kandungan choline yang tinggi iaitu 100mg.

5. Menurunkan risiko mendapat penyakit jantung

LDL adalah kolesterol jahat. Tahap LDL yang tinggi akan meninggikan risiko mendapat penyakit jantung. (17, 18)

Dengan makan telur membuatkan zarah LDL bertukar dari saiz kecil kepada saiz besar. Ini lah yang menyebabkan risiko mendapat penyakit jantung menurun. (19, 20)

6. Mengandungi Lutein dan Zeaxanthin – Antioksida yang mempunyai manfaat baik kepada kesihatan mata

Seiring dengan peningkatan usia, kesihatan mata juga akan menurun.

Namun, ada nutrien yang sebenarnya boleh membantu memberikan kesihatan pada mata. Mereka adalah Lutein dan Zeaxanthin. Antioksida yang sangat baik terhadap retina mata. (21, 22)

Beberapa penelitian menyatakan dengan makan nutrien ini pada kadar yang mencukupi membantu dalam mengelakkan penyakit mata seperti katarak dan macular degeneration. (23, 24, 25)

Kuning telur mempunyai kandungan Lutein dan Zeaxanthin yang banyak.

Ada satu penelitian yang dijalankan pada mereka yang makan 1.3 telur kuning selama 4.5 minggu mengalami peningkatan Lutein sebanyak 28%- 50% manakala Zeaxanthin sebanyak 114% -142% (26)

7. Omega-3

Ayam yang dibela dalam keadaan terkawal mempunyai kandungan omega-3 yang lebih tinggi juga membantu menurunkan kadar triglyceride dalam darah.

Triglyceride terkait dengan risiko mendapat penyakit jantung. Penelitian yang dijalankan pada mereka yang makan telur yang mengandungi omega-3 tinggi lima biji per minggu selama tiga minggu, menurunkan kadar triglyceride dalam darah sebanyak 16-18% (27, 28)

8. Kandungan protein yang tinggi dan berkualiti

Protein merupakan salah satu komponen makronutrien yang penting dalam badan.

Dan protein merupakan bahan binaan utama dalam tubuh badan manusia. Protein membina pelbagai jenis tisu dan molekul yang membantu untuk tujuan struktur dan fungsi.

Mendapatkan protein yang mencukupi adalah penting dan banyak penelitian yang mendapati kebanyakan dari kita kurang mendapat protein yang mencukupi.

Telur adalah antara sumber protein yang berkualiti. Sebiji telur mengandungi 6 gram protein. Telur juga mengandungi ratio asid amino penting yang seimbang

Makan protein yang mencukupi boleh membantu menurunkan berat badan, menambah jisim otot, menurunkan tekanan darah, memberi kesihatan yang baik untuk tulang dan banyak lagi. (29, 30, 31, 32)

9. Menurunkan risiko mendapat penyakit jantung dan stroke.

17 Penelitian yang dijalankan terhadap 263,938 orang menunjukkan tidak ada hubungan dengan makan telur boleh menyebabkan mendapat penyakit jantung atau stroke. (33, 34, 35)

Namun terdapat penelitian yang menyatakan mereka yang mempunyai penyakit diabetes dan mengambil telur dalam diet mereka boleh meninggikan risiko mereka mendapat penyakit jantung. (36)

Bagaimana hubungan mereka yang makan telur meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung pada mereka yang mempunyai penyakit diabetes belum lagi diketahui dengan jelas.

Mereka yang mempunyai diabetes dan melakukan diet rendah karbohidrat merupakan pilihan diet yang terbaik. Dengan menambah telur di dalam diet malah membantu menurunkan risiko mendapat penyakit jantung. (37, 38)

10. Membantu menguruskan badan

Telur adalah protein yang mengenyangkan. Telur mencapai markah yang tinggi bagi makanan yang meningkatkan rasa kenyang berdasarkan “satiety index”. Index ini digunakan untuk mengukur kemampuan makanan memberi rasa kenyang yang lama dan membantu menurunkan pengambilan kalori. (39, 40)

Penelitian yang dilakukan terhadap 30 orang wanita yang mempunyai lebihan berat badan; mereka menggantikan sarapan pagi dengan memakan telur. Hal ini berjaya membuatkan mereka merasa kenyang lebih lama sehingga mereka dapat mengurangkan pengambilan kalori harian. (41)

Get New Recipes and Latest Info on Weight Mangement

* indicates required

Resipi Telur Kukus Enak

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur organik
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 biji bawang besar – dicincang
  • 1 biji cili merah – dicincang
  • 1/2 batang lobak merah diparut halus
  • 1 sudu makan cincangan daun bawang
  • 1 sudu makan air rebusan sayur (stok sayur) atau stok ayam
Ini adalah stock ayam yang saya gunakan.
Boleh juga buat sendiri jika mahu.
  • Garam, lada hitam & lada sulah secukup rasa

Cara Membuat :

  1. Pukul telur pada kelajuan sederhana.
  2. Kemudian masukkan semua bahan kecuali daun bawang ke dalam bancuhan telur tadi dan kacau rata.
  3. Suaikan rasanya dengan menambah garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa.
  4. Setelah sebati, tuang bancuhan telur ke dalam mangkuk tahan panas yang telah disapu sedikit minyak.
  5. Kukus telur selama 10 ke 15 minit atau sehingga telur masak.
  6. Keluarkan dari mangkuk acuan dan hidangkan panas. Taburkan cincangan daun bawang di atasnya dan sedia dihidangkan.

Ebook 15 Resipi Telur

Bagi mereka yang sudah tidak tahu bagaimana hendak mulakan diet telur ataupun tercari-cari resipi diet tanpa makan nasi mungkin ebook resipi telur ini boleh membantu anda.

Resipi-resipi yang saya kongsikan telah dimodifikasikan agar anda mendapat nutrien yang terbaik untuk badan sekaligus dapat menguruskan badan.

Apa kata mereka yang telah mencuba program mahupun hanya membaca atau menonton youtube dan berjaya kuruskan badan.

Ingin dapatkan ebook 15 resipi diet telur? Tambahan pula, saya akan berikan dua ebook secara percuma juga group support di telegram selama sebulan.

Ingin personal coaching bersama saya? Dan nak saya bantu anda turunkan berat badan 2-10kg dalam masa sebulan? klik link ini untuk info program.

Trending Posts

About Me

Hi, I’m Dr. Nadiah Nazri—a doctor and healthy lifestyle coach passionate about helping women lose 2-10kg a month while still enjoying delicious Asian-fusion meals. I’ve been through my own weight loss journey (28kg!) and know how tough it can be. Let’s work together to get you healthy, happy, and confident. .

Follow Me

Popular Articles

Newsletter

Subscribe For More!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Healthy Recipe

See More

Categories

Social media

Edit Template

© 2022 | Dr Nadiah Nazri