Resepi Bihun Singapore [Simple, Viral dan Sihat]
![Resepi Bihun Singapore [Simple, Viral dan Sihat]](https://nadiahnazri.com/wp-content/uploads/2022/11/resepi-bihun-singapore.jpg)
Resepi bihun Singapore ini memang antara resepi yang simple, mudah dan popular. Banyak variasi resepi bihun Singapore yang dihasilkan oleh Sheila Rusly, Che Nom dan Azie Kitchen. Tapi kali ini, dr nad nak kongsikan cara masak resepi bihun goreng Singapore versi yang sihat dan sesuai buat mereka yang sedang diet.
Ada yang tahu tak sebenarnya bihun ini diperbuat daripada beras. Dan bihun ini adalah antara mee beras yang nipis. Ada banyak jenis bihun di pasaran. Anda boleh pilih bihun wholemeal, atau bihun beras perang.
Kedua-dua mempunyai nilai indeks glicemik yang rendah. Ini sangat membantu dalam meregulasi kadar gula dalam darah sekaligus boleh membantu regulasi hormon insulin.
RELATED POSTS
Cara Nak Kuruskan Badan Tapi Suka Makan
Penafian: Beberapa link yang terdapat di dalam blog ini mengandungi affilate links, saya mungkin mendapat komisyen sekiranya anda menekan link tersebut, TANPA SEBARANG KOS TAMBAHAN kepada anda. Saya berharap dengan membaca blog ini anda mendapat banyak manfaat. Terima kasih!
REKOMENDASI PRODUK
AirFryer Disposable Paper Square
AirFryer Disposable Paper Circle
Bihun ini adalah salah satu bahan masakan yang popular di negara-negara asian. Diperbuat daripada tepung beras dan air. Terdapat banyak variasi bihun di pasaran. Ada bihun yang dicampur dengan tepung jagung atau tepung ubi.

Bihun mempunyai nilai nutrisi kalori dan karbohidrat yang sederhana. Ianya mempunyai kandungan fiber yang rendah namun mempunyai beberapa mikronutrien yang penting untuk badan seperti selenium, manganese, copper, dan phosphorus.
Oleh kerana itu, dalam membina menu makanan untuk tujuan kesihatan pastikan cukup makronutrien iaitu karbohidrat, protein dan lemak baik. Salah satu masalah mereka yang mencari cara nak kuruskan badan adalah taktau nak makan apa. Betul tak? Sebab itu, saya ada kongsikan post cara diet yang betul – nak makan apa?
Saya juga nak kongsikan sebenarnya nak kuruskan badan tak susah hanya perlu pilih makan makananan yang berkhasiat dan seimbang kemudian bergerak aktif. Kalori defisit penting untuk anda lakukan. Sekiranya anda tidak tahu kalori harian yang diperlukan untuk mencapai berat badan anda boleh isi data di kalkulator bawah ini.
