Go Back

Mee Goreng Mamak

Resipi mee goreng mamak sedap dan simple. Anggaran kalori 427kcal sesuai untuk orang yang sedang diet atau mahu mulakan makan sihat.
Prep Time8 minutes
Active Time17 minutes
Total Time25 minutes
Course: Main Course
Cuisine: Asian
Keyword: Mee goreng mamak, Mee goreng mamak sedap, Mee goreng mamak simple, Mee goreng mamak viral
Yield: 2 Orang
Calories: 427kcal
Cost: RM38

Equipment

  • 1 Kuali

Materials

  • 1 portion Spagetti wholemeal
  • 6-7 tangkai cili kering dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 biji bawang merah dikisar
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu besar caramel masakan
  • 1 sudu olive oil sebagai minyak masak
  • 1/2 tangkai sayur sawi
  • 1/2 mangkuk taugeh *optional dalam video takda taugeh
  • 1 keping tauhu putih dipotong bentuk dadu
  • 1 biji telur
  • 1-2 helai daun sup *optional dihiris sebagai hiasan

Instructions

  • Spagetti direbus terlebih dahulu. Kalau nak tahu spagetti dah masak, cuba putuskan mee, kalau mudah maka sudah masak
    rebus spaggeti
  • Panaskan kuali, letakkan olive oil dan tumis bahan yang dikisar. Masak sehingga garing. Masukkan air secukupnya.
  • Letakkan serbuk kari dan caramel masakan. Kacau buat seketika. Masukkan tauhu, sayur sawi dan spagetti ke dalam kuali
  • Pecahkan telur. Akhir sekali masukkan taugeh, kacau sebati dan tutup api
    campur telur
  • Taburkan hirisan daun sup dan siap untuk dihidang.