Go Back
nasi ayam hainan

Resepi Nasi Ayam Simple

Cara masak resepi nasi ayam yang mudah, simple dan sedap. Resipi nasi ayam ini juga sesuai untuk orang yang sedang diet.
Prep Time 25 minutes
Cook Time 1 hour 25 minutes
Total Time 50 minutes
Course Main Course
Cuisine Chinese
Servings 4 orang
Calories 434 kcal

Equipment

  • 2 Periuk
  • 1 Strainer

Ingredients
  

Cara nak buat nasi ayam

  • 1/2 sudu unsalted butter
  • 2 cup beras basthmati

Untuk Buat Perapan Ayam

  • 4 bahagian dada ayam
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 bahagian halia* lebih kurang sebesar ibu jari
  • 3 batang serai*
  • 1/2 biji bawang holland*
  • 1 sudu kecil garam

Untuk Buat Sup Ayam

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 uncang sup bunjut @ rempah 3 sekawan
  • 2 hirisan halia
  • 1 ikat daun sup ikut suka berapa nak letak
  • 1 bahagian Tulang ayam/kaki/tengkuk
  • 1 sudu kecil garam

resipi sos nasi ayam simple

  • 3 biji cili merah*
  • 5 biji cili padi merah* kalau suka pedas boleh lebih
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1/2 ibu jari halia*
  • 1 ikat daun ketumbar ikut suka berapa nak letak
  • 2 sudu cuka
  • 1 sudu garam

Instructions
 

Cara-cara buat sup nasi ayam hainan

  • Reneh air di dalam periuk sehingga panas
  • Masukkan bawang putih, sup bunjut/rempah 3 sekawan
  • Biarkan reneh seketika
  • Masukkan ayam bahagian tulang, daun ketumbar, halia dan garam
  • Biarkan sup direneh sehingga ayam masak dan siap

Cara buat nasi ayam hainan

  • Cuci beras basthmati sehingga bersih
    beras putih vs beras perang
  • Panaskan periuk dan letakkan unsalted butter
  • Bila butter sudah cair, masukkan beras
  • Air untuk masak nasi, cedok dari sup ayam yang kita masak tadi.
  • Bila nasi ayam sudah masak. Gaulkan nasi supaya air perapan ayam yang jatuh ke nasi sebati dan sekata.

Cara buat ayam kukus

  • Blendkan semua bahan bertanda * sehingga hancur dan perapkan pada ayam lebih kurang 15 minit.
    blending ingredient
  • Kukuskan ayam yang telah diperap di atas nasi.
  • Biarkan nasi masak bersama ayam sekali
  • Penting kerana inginkan air perapan ayam yang dikukus jatuh ke dalam nasi

Cara buat sambal nasi ayam

  • Blendkan semua bahan yang bertanda *
  • Setelah diblend, masak sambal dalam periuk
  • Masukkan cuka dan air ikut kepekatan
  • Masak sambal sehingga menggelegak
  • Bila dah siap masak, taburkan daun ketumbar yang dicincang halus
  • Maka dah siap semua boleh dihidang dan makan dengan salad dan tomato fresh
Keyword Nasi ayam, Nasi ayam hainan