Resepi Nasi Ayam [Simple dan Sedap]

Bagi mereka yang tak berapa pandai masak sesuai mencuba resepi nasi ayam ini. Saya nak kongsikan cara masak nasi ayam simple, insyaAllah menjadi. Resepi nasi ayam ini juga sesuai untuk mereka yang nak kuruskan badan.

Penting dalam membuat nasi ayam adalah nasi tu kena rasa sedap. Kalau tak, memang tak menjadilah resipi ini. 😭

Untuk memulakan perjalanan penurunan berat badan, atau ingin memulakan “eat clean” boleh mencuba resepi nasi ayam ini. Caranya adalah kena pilih jenis beras yang sesuai dan guna protein yang rendah kalori contohnya dalam resepi nasi ayam ini, saya gunakan dada ayam dan juga beras basmati sebagai ganti beras perang.

Sebelum itu, mari kita belajar pemilihan beras yang baik untuk mereka yang sedang diet. Apa-apa pun perlu saya ingatkan jika ingin berjaya dalam melakukan apa jenis diet sekalipun, mestilah dengan melakukan kalori defisit.

Calculate your optimal calories
Step 1: Basic Information
Imperial
Metric
years
Step 2: Activity Level
Step 3: Select your goal

RELATED POSTS

Resepi Spagetti Aglio Olio Diet

Resepi Nasi Goreng Cili Kering Diet

Resepi Ayam Percik Diet

Nak Masak Resepi Nasi Ayam Hainan, Guna Beras Putih vs Beras Perang mana yang lebih baik?

Beras adalah karbohidrat yang termasuk dalam komponen makronutrien. Selain karbohidrat, beras juga mengandungi jumlah protein dan mikronutrien yang kecil. (1)

NutrienBeras PerangBeras Putih
Tenaga82 kcal68 kcal
Protein1.83g1.42g
Total lipid0.65g0.17g
Karbohidrat17.05g14.84g
Fiber1.1g0.2g
Gula0.16g0.03g
Kalsium2mg5mg
Iron0.37mg0.63mg
Sodium3mg1mg
Fatty acids, total saturated0.17g0.04g
Fatty acids, total trans0g0g
Cholesterol0g0g
Info Nutrien adalah daripada Department of Agriculture National Nutrient Database dan berdasarkan 1/3 cawan beras.

Beras yang baik digunakan untuk diet adalah beras perang. Ini kerana beras perang merupakan bijiran penuh.

Beberapa penelitian yang dilakukan, dengan menggunakan beras perang boleh membantu mengawal insulin dalam badan dan juga menurunkan risiko terkena penyakit kencing manis. (2, 3)

Kawalan insulin di dalam darah ini juga disebabkan indeks GI yang lebih rendah pada beras perang (GI 50) berbanding beras putih (GI 89). Yang menariknya, jika kita makan nasi dalam keadaan yang sejuk atau sudah bermalam, indeks GI ini akan menjadi lebih rendah. (4, 5)

Dengan memilih untuk memakan beras perang daripada beras putih, boleh membantu dalam menurunkan berat badan, menurunkan BMI, dan juga mengecilkan saiz ukuran pinggang juga punggung. Ini terbukti pada beberapa penelitian yang telah dilakukan terhadap 29,683 orang dewasa dan 15,280 kanak-kanak.(6, 7, 8)

Ok, jom kita mula dengan macam mana nak buat resipi nasi ayam ini. Kalori untuk hidangan ini adalah 434kcal. Kalori dua senduk nasi pula adalah 220kcal.

Get New Recipes and Latest Info on Weight Management

* indicates required

Cara Masak Resepi Nasi Ayam

nasi ayam hainan

Resepi Nasi Ayam Simple

Cara masak resepi nasi ayam yang mudah, simple dan sedap. Resipi nasi ayam ini juga sesuai untuk orang yang sedang diet.
Prep Time 25 minutes
Cook Time 1 hour 25 minutes
Total Time 50 minutes
Course Main Course
Cuisine Chinese
Servings 4 orang
Calories 434 kcal

Equipment

  • 2 Periuk
  • 1 Strainer

Ingredients
  

Cara nak buat nasi ayam

  • 1/2 sudu unsalted butter
  • 2 cup beras basthmati

Untuk Buat Perapan Ayam

  • 4 bahagian dada ayam
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 bahagian halia* lebih kurang sebesar ibu jari
  • 3 batang serai*
  • 1/2 biji bawang holland*
  • 1 sudu kecil garam

Untuk Buat Sup Ayam

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 uncang sup bunjut @ rempah 3 sekawan
  • 2 hirisan halia
  • 1 ikat daun sup ikut suka berapa nak letak
  • 1 bahagian Tulang ayam/kaki/tengkuk
  • 1 sudu kecil garam

resipi sos nasi ayam simple

  • 3 biji cili merah*
  • 5 biji cili padi merah* kalau suka pedas boleh lebih
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1/2 ibu jari halia*
  • 1 ikat daun ketumbar ikut suka berapa nak letak
  • 2 sudu cuka
  • 1 sudu garam

Instructions
 

Cara-cara buat sup nasi ayam hainan

  • Reneh air di dalam periuk sehingga panas
  • Masukkan bawang putih, sup bunjut/rempah 3 sekawan
  • Biarkan reneh seketika
  • Masukkan ayam bahagian tulang, daun ketumbar, halia dan garam
  • Biarkan sup direneh sehingga ayam masak dan siap

Cara buat nasi ayam hainan

  • Cuci beras basthmati sehingga bersih
    beras putih vs beras perang
  • Panaskan periuk dan letakkan unsalted butter
  • Bila butter sudah cair, masukkan beras
  • Air untuk masak nasi, cedok dari sup ayam yang kita masak tadi.
  • Bila nasi ayam sudah masak. Gaulkan nasi supaya air perapan ayam yang jatuh ke nasi sebati dan sekata.

Cara buat ayam kukus

  • Blendkan semua bahan bertanda * sehingga hancur dan perapkan pada ayam lebih kurang 15 minit.
    blending ingredient
  • Kukuskan ayam yang telah diperap di atas nasi.
  • Biarkan nasi masak bersama ayam sekali
  • Penting kerana inginkan air perapan ayam yang dikukus jatuh ke dalam nasi

Cara buat sambal nasi ayam

  • Blendkan semua bahan yang bertanda *
  • Setelah diblend, masak sambal dalam periuk
  • Masukkan cuka dan air ikut kepekatan
  • Masak sambal sehingga menggelegak
  • Bila dah siap masak, taburkan daun ketumbar yang dicincang halus
  • Maka dah siap semua boleh dihidang dan makan dengan salad dan tomato fresh
Keyword Nasi ayam, Nasi ayam hainan

Selain daripada mengamalkan cara makan sihat, penting juga untuk mengetahui cara pengambilan saiz pemakanan yang betul.

Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana saya boleh membantu anda menurunkan berat badan melalui program saya iaitu flexible dieting boleh klik di link ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Trending Posts

About Me

Hi, I’m Dr. Nadiah Nazri—a doctor and healthy lifestyle coach passionate about helping women lose 2-10kg a month while still enjoying delicious Asian-fusion meals. I’ve been through my own weight loss journey (28kg!) and know how tough it can be. Let’s work together to get you healthy, happy, and confident. .

Follow Me

Popular Articles

Newsletter

Subscribe For More!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Healthy Recipe

See More

Categories

Social media

Edit Template

© 2022 | Dr Nadiah Nazri