9 Tips Portion Makanan Untuk Orang Diet

Jika anda mencari cara nak kuruskan badan tapi suka makan, anda boleh mencuba 9 tips portion makanan untuk orang yang sedang diet yang bakal saya jelaskan sebentar lagi.
Penyakit obesiti adalah penyakit yang semakin meningkat di Malaysia juga di seluruh dunia. Menurut NHMS (National Health and Morbidity Survey) daripada 50.1% rakyat Malaysia dewasa, 30.4% adalah overweight dan 19.7% adalah obese.
Kadar obesiti juga meningkat per tahun, dari 14% pada tahun 2006 ke 15.1% (2011) dan 17.7% (2015), penelitian berikutnya akan diadakan pada tahun 2024. (1)
Selain daripada itu, obesiti di kalangan kanak-kanak Malaysia juga meningkat. (2) Hal ini sangat membimbangkan saya, kerana suatu negara yang mempunyai kadar obesiti yang tinggi adalah negara yang mempunyai masalah kesihatan di masa depannya. Saya yakin dan percaya tiada ibu maupun bapa yang inginkan anak mereka sakit.
Pengambilan makanan secara berlebihan memberi kesan kepada kebiasaan pola pemakanan dan juga tambahan berat badan yang tidak diinginkan (3) Penelitian yang dijalankan terdapat banyak faktor yang mempengaruhi berapa banyak seseorang boleh makan.
Kebanyakan orang akan makan apa sahaja yang telah disiapsajikan. Oleh itu, mengawal saiz portion makanan sangat membantu untuk menghindari mengambil makanan secara berlebihan. (4)
Untuk mengetahui sama ada anda adalah kurang berat badan, berat sihat, terlebih berat atau obesiti boleh check di kalkulator bawah ini
