Apa Itu Makanan Defisit Kalori

Apa Itu Makanan Defisit Kalori

Jika anda tercari-cari apa itu makanan defisit kalori? Saya berharap dengan artikel ini anda akan mendapat jawapannya.

Anda yang mencari mengenai makanan kalori defisit ini adalah mereka yang sedang mencari cara nak kuruskan badan tapi tak tahu nak makan apa, betul tak? Atau anda dah mencuba pelbagai cara nak kuruskan badan, makan supplement, jamu, atau ubat kurus tapi semua pun tak berhasil.

Saya faham dengan perjuangan anda yang sukar dalam nak menguruskan badan kerana saya pun pernah berada di posisi anda sekarang malah saya telah banyak berjumpa dengan orang-orang yang mempunyai masalah yang sama.

Alhamdulilah, berbekalkan pengalaman saya selama hampir lima tahun mengajar dan membantu mereka yang mempunyai masalah berat badan dalam program pengurusan berat badan saya telah ramai peserta yang mendapat manfaat dan berjaya menurunkan berat badan mereka.

Ok, saya faham anda pasti sudah tidak sabar nak tahu makanan kalori defisit kan, pastikan anda membaca artikel ini sehingga habis.

Ingin saya bantu dalam untuk menurunkan berat badan?Ketahui dengan lebih lanjut mengenai program saya di mana saya telah membantu ramai peserta yang mengalami masalah berat badan.

Penafian: Beberapa link yang terdapat di dalam blog ini mengandungi affilate links, saya mungkin mendapat komisyen sekiranya anda menekan link tersebut, TANPA SEBARANG KOS TAMBAHAN kepada anda. Saya berharap dengan membaca blog ini anda mendapat banyak manfaat. Terima kasih!

Get New Recipes and Latest Info on Weight Management

* indicates required
makanan defisit kalori (6)

Apa Itu Makanan Defisit Kalori?

Makanan defisit kalori adalah makanan yang mempunyai nilai kalori yang rendah atau makanan yang dimakan dibawah keperluan kalori harian anda.

Sebelum saya uraikan apa saja makanan diet defisit kalori. Jom kita kenal dulu, apa itu kalori defisit?

Kalori defisit adalah suatu keadaan di mana kita mengambil makanan dan minuman kurang daripada keperluan harian (maintenance calorie), maka terjadilah kalori defisit.

Kalori adalah unit tenaga. Kalori defisit atau pembakaran kalori boleh berlaku apabila perbelanjaan kalori harian (mengikut jantina, umur, ketinggian badan, dan berat badan anda) kurang daripada jumlah keperluan harian.

Perbelanjaan kalori (calorie expenditure (TDEE)) terdiri daripada tiga komponen:

  1. Resting Energy Expenditure (REE) – REE adalah kalori yang digunakan pada saat badan sedang berisitirehat, contohnya untuk pernafasan, sirkulasi darah dan pada saat sedang tidur.
  2. Thermic Effect Of Food – Ketika sedang makan, badan memerlukan tenaga untuk menyerap dan mencernakan makananan.
  3. Activity Energy Expenditure – Kalori tenaga yang digunakan pada saat melakukan aktiviti seperti melakukan senaman atau bukan senaman (contohnya membersihkan rumah)

Sekiranya anda tidak mengetahui apakah keperluan kalori harian anda (TDEE – total daily energy expenditure), maka agar sukar untuk anda melakukan diet kalori defisit. Anda boleh mengisi kalkulator kalori defisit di bawah ini untuk mengira TDEE dan mengetahui berapa kalori defisit anda.

Calculate your optimal calories
Step 1: Basic Information
Imperial
Metric
years