Dr nad nak kongsikan resepi donut yang simple, mudah, gebu, lembut, sedap dan paling penting sesuai untuk mereka yang sedang diet tapi teringin nak makan donut.
Tapi sebelum dr nad kongsikan resepi donut yang mudah lagi simple ini, macam biasa dr nad akan berkongsi perkongsian ilmu pemakanan sihat.
Senang sangat nak makan donut. Order secara dalam talian melalui aplikasi dalam 10-30 minit boleh sampai depan rumah. Tapi tahukah anda donut yang banyak dijual di luar mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi?
Rata-rata kalori donut juga sangat tinggi. Sebiji donut boleh mencecah 200 – 400kcal mengikut topping dan bahan yang digunakan. Aktiviti yang boleh dilakukan untuk membakar kalori tersebut adalah berlari selama 30 minit ke 1 jam. Kerana donut sebiji, derita sejam 😅.
Lagipun, takkan makan donut sebiji je kan? Mesti lebih daripada dua. Berapa jam tu nak lari? 🥲
Related Post
Bahaya Gula
Gula jika diambil dalam kuantiti yang kecil (lebih kurang 4 sudu teh) adalah memadai. Namun jika terlebih mengambil gula boleh menyebabkan kegemukan, jerawat, penyakit kencing manis, penyakit jantung, dan juga kanser. (1)
Sebenarnya penyakit-penyakit ini adalah penyakit yang boleh dicegah hanya dengan memilih diet yang sihat dan seimbang juga dikombinasikan dengan gaya hidup yang sihat.
Jangan mudah tertipu dengan rupa donut yang dihiasi dengan buah-buahan walhal bahan dan cara memasaknya masih sama. Kandungan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan badan kita ketagihan gula. (2)
Terlalu banyak nama gula yang diubah di dalam label makanan sehingga boleh menyebabkan kita keliru dan mengambil gula secara berlebihan.
Dalam program saya, kita akan belajar bagaimana untuk membaca label dan bagaimana dengan membaca label makanan boleh membantu kita membuat pilihan yang lebih bijak dan sihat.
9 Sebab Kenapa Gula Berbahaya
- Boleh Menyebabkan Kegemukan
- Meningkatkan Risiko Penyakit Jantung
- Menyebabkan Jerawat
- Risiko Penyakit Kencing Manis
- Meningkatkan Risiko Penyakit Kanser
- Risiko Mendapat Depresi
- Mempercepat Proses Penuaan Pada Kulit
- Mudah Penat
- Penyebab Fatty Liver
- Boleh Menyebabkan Kegemukan
Kebanyakan air minuman dan juga makanan pencuci mulut mempunyai kandungan gula fruktosa. Fruktosa adalah jenis gula yang lebih simple berbanding glukosa.
Memakan atau meminum fruktosa boleh menyebabkan gangguan terjadi pada hormon leptin, hormon yang memberitahu kepada badan bila untuk berhenti makan. Akibatnya kita mudah untuk merasa lapar dan mengidam pencuci mulut. (3, 4)
Beberapa penelitian menunjukkan mereka yang suka minum minuman yang manis mudah mendapat lebihan berat badan, meningkatkan lemak visceral sehingga menyebabkan perut buncit, dan penyakit kencing manis. (5, 6)
2. Meningkatkan Risiko Penyakit Jantung
Banyak penelitian yang dilakukan terhadap mereka yang mengamalkan diet tinggi gula. Mereka ini lebih mudah mendapat obesiti yang boleh menyebabkan inflamasi kepada saluran jantung (atherosclerosis), tinggi triglyceride, gula darah dan tekanan darah. (7, 8)
3. Menyebabkan Jerawat
Makanan yang mengandungi index glycemic yang tinggi boleh menyebabkan gula dalam darah meningkat terutama insulin. Ini boleh merangsang rembesan hormon androgen, minyak dan inflamasi yang boleh menyebabkan jerawat. (9,10)
4. Risiko Penyakit Kencing Manis
Risiko mendapat penyakit kencing manis adalah dengan mengambil gula secara berlebihan. Hal ini, boleh menyebabkan terjadi nya insulin resistance akibat daripada obesiti dan pengumpulan lemak yang merupakan risiko penyakit kencing manis. (11,12)
5. Meningkatkan Risiko Penyakit Kanser
Diet tinggi gula boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit kanser sebanyak 60-95%. Diet tinggi gula boleh menyebabkan insulin resistance dan juga inflamasi yang merupakan faktor resiko mendapat penyakit kanser. (13, 14, 15)
6. Risiko Mendapat Depresi
Makan gula secara berlebihan terkait rapat dengan kecacatan kognitif, gangguan pada memori, dan masalah emosi seperti anxiety dan depresi. (16, 17)
7. Mempercepat Proses Penuaan Pada Kulit
Makan makanan karbohidrat ringkas dan tinggi gula boleh menghasilkan AGEs (Advance Glycation End Products). AGEs akan berinteraksi pada protein dan gula dalam badan sehingga boleh mempercepatkan proses penuaan pada kulit. (18, 19)
8. Mudah Penat
Diet yang tinggi gula juga kurang nutrien yang boleh membantu mengenyangkan dan memberi tenaga yang stabil. Makanan yang tinggi gula boleh menyebabkan anda mudah penat kerana tenaga yang dihasilkan sangat mudah dibakar dan berfluktuasi. (20, 21)
9. Penyebab Fatty Liver
Pengambikan gula fruktose boleh menyebabkan penyakit fatty liver. Gula fruktose diproses dihati untuk dijadikan tenaga atau disimpan sebagai glikogen. Namun jika glikogen berlebihan maka akan ditukarkan sebagai lemak, inilah yang menyebabkan penyakit fatty liver. (22)
Resipi donut gebu dan mudah viral sukatan cawan.
Resepi Donut
Equipment
- 1 dulang donut
- 1 mangkuk
Ingredients
- 2.5 cawan Tepung Naik Sendiri
- 0.5 cawan Sirup Maple
- 1/4 cawan Minyak kelapa
- 1 cawan Susu unsweeted almond
- 1 cawan Coklat Masakan
Instructions
- Panaskan oven sehingga 175C. Sementara menunggu oven panas, sapukan minyak pada dulang donut
- Dalam mangkuk, ayak tepung dan campurkan sirup maple, minyak kelapa dan susu almond sehingga terbentuk menjadi doh.
- Basahkan tangan dan bentukkan donut. Kemudian letakkan donut ke dalam dulang. Jangan masukkan penuh.
- Bakar selama 13 – 17 minit
- Keluarkan donut daripada oven, dan biarkan ianya sejuk. Akhir sekali boleh salut donut dengan coklat masakan yang telah dicairkan.
Tips Untuk Menjadi Resepi Donut Gebu dan Lembut
- Jangan bakar donut lama, kerana donut boleh menjadi keras. Pada minit ke 12, cek donut anda.
- Pastikan anda ayak tepung sehingga halus untuk mengelakkannya berketul. Nanti donut tidak masak sekata.
- Doh donut boleh menjadi agak tebal, rajin-rajinkan untuk melembapkan tangan sebelum menguli tepung.
- Jangan mengisi doh donut ke dalam dulang donut penuh, isi separuh saja sebab doh akan naik sendiri. Kalau isi penuh-penuh takut donut akan bersambung sesama sendiri.
Kesimpulannya, nak makan pencuci mulut tidak salah. Namun jika ada pilihan yang lebih baik untuk badan kita kenapa tak memilih yang terbaik saja.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda melakukan diet tapi tidak terjadi kalori defisit tetap akan mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan.
Bagaimana anda ingin mencuba resepi donut ini tak? Sekiranya anda mencubanya nanti jangan lupa kongsikan rasanya. ☺️
Mari ikuti komuniti saya dengan melanggan email dari saya. Saya akan kongsikan banyak resepi-resepi diet juga tips untuk menurunkan badan.
Recent Comments