Resepi Japchae Goreng- [Simple, Halal Diet]

Resepi Japchae Goreng- [Simple, Halal Diet]

Resepi japchae diperkenalkan pada abad ke-17 di pemerintahan Raja Cwanghaeun, raja ke-15 yang memerintah Dinasti Joseon. Orang yang bertanggungjawab mencipta resepi japchae adalah Yi Chung.

Menariknya, pada zaman itu resepi japchae ini tidak menggunakan mee sama kali. Hanya setelah 200 tahun resepi ini dicipta, barulah japchae menggunakan mee lebih spesifik lagi glass-noodles atau suhun.

Resepi japchae simple ini sesuai untuk mereka yang sedang diet. Makanan japchae ini banyak kandungan fiber yang boleh membantu mereka yang mencari cara nak kuruskan badan.

Apa itu fiber? Fiber adalah termasuk komponen karbohidrat yang tidak boleh dicerna. Fiber terbahagi kepada dua kategori iaitu serat mudah larut dan serat tidak larut.

Serat mudah larut ini mudah dicerna dan diuraikan oleh bakteria baik dalam usus manakala serat tidak larut tidak mudah dicernakan.

Terdapat lebih kurang 500 – 1,000 jenis bakteria yang tinggal di usus kita terutama di usus besar, dan membiak bakteria yang baik adalah sangat berguna untuk kesihatan kita seperti mengurus berat badan, mengawal gula darah, fungsi imun dan juga otak. (1, 2, 3, 4, 5)

Related Posts

Kenapa Fiber Baik Untuk Kesihatan?

  1. Fiber Membantu Membina Bakteria Baik
  2. Beberapa Jenis Fiber Boleh Membantu Menurunkan Berat Badan
  3. Fiber Membantu Mengawal Gula Dalam Darah
  4. Fiber Boleh Menurunkan Kolesterol
  5. Fiber Membantu Mereka Yang Mempunyai Masalah Konstipasi
  6. Fiber Boleh Menurunkan Risko Kanser Kolorektal
  1. Fiber Membantu Membina Bakteria Baik

Kebanyakan makanan yang mengandungi protein, karbohidrat dan lemak akan diserap ke dalam darah sebelum sempat sampai ke usus besar. Ini menyebabkan terjadi gangguan pada bakteria baik.

Manusia tidak dapat mencerna fiber. Tetapi bakteria baik mempunyai enzim yang boleh mencerna fiber, dan ini membantu sebagai probiotik. (6)

Bakteria baik ini selain berfungsi sebagai probiotik, juga memberi banyak manfaat yang baik kepada fungsi dan kesihatan tubuh badan kita. Saya akan kupaskan pada point-point di bawah.

2. Boleh Membantu Menurunkan Berat Badan

cara nak kurus

Beberapa penelitian menunjukkan pengambilan diet yang mengandungi fiber boleh membantu menurunkan berat badan kerana boleh mengurangkan selera makan sehingga terjadi kalori defisit. (7, 8)

Jika anda ingin mengetahui berapa kalori defisit yang perlu anda lakukan untuk menurunkan berat badan, boleh gunakan kalkulator di bawah ini.

Fiber boleh menyerap air di dalam usus, menyebabkan penyerapan nutrien menjadi lambat dan meningkatkan rasa kenyang. (9)

3. Membantu Mengawal Kadar Gula Dalam Darah

Makanan yang mengandungi fiber yang likat mempunyai glisemik indeks yang rendah sehingga boleh mengawal kadar gula di dalam darah. (10, 11)

Get New Recipes and Latest Info on Weight Mangement

* indicates required

4. Boleh Menurunkan Kolesterol

67 Penelitian yang dilakukan menunjukkan mereka yang mengambil makanan 2-10 gram serat mudah larut per hari dapat menurunkan kadar total kolesterol 1.7mg/dl dan kolesterol jahat (LDL) 2.2mg/dl. (12)

Jenis fiber yang mempunyai kelikatan yang tinggi memainkan peranan dalam menurunkan kadar kolesterol. (13, 14)

5. Membantu Mereka Yang Mempunyai Masalah Konstipasi

Memilih jenis fiber yang betul boleh membantu mereka yang mengalami kesukaran untuk buang air besar. Contohnya memakan prunes. Prunes adalah makanan yang mengandungi fiber dan sorbitol yang boleh membantu mereka yang konstipasi. (15, 16)

6. Menurunkan Risiko Kanser Kolorektal

Kanser Kolorektal merupakan penyebab kematian ketiga tertinggi di dunia. Banyak penelitian yang menghubungkan di antara pengambilan diet yang kaya dengan fiber boleh menurunkan risiko mendapat kanser kolorektal. (17)

Resepi japchae yang saya kongsikan ini mengandungi banyak fiber yang baik untuk pertumbuhan bakteria baik sekaligus boleh membantu mereka yang nak kuruskan badan. Fiber baik yang saya gunakan adalah lobak merak, dan sayur bayam

Cara Masak Resepi Japchae

resepi japchae

Resepi Japchae

Prep Time 20 minutes
Cook Time 10 minutes
Total Time 30 minutes
Course Main Course
Cuisine Asian
Servings 2 orang
Calories 332 kcal

Ingredients
  

  • 1 Portion Suhun
  • 2 biji Telur
  • 3 biji Bawang Putih
  • 1/2 biji Lobak Merah
  • 1/2 ikat Sayur Bayam
  • 5 biji Cendawan Shitake
  • 2-4 helai Daun Bawang
  • 1.5 sk Sos Tiram
  • 1 sk Maple Syrup
  • 1 sk olive oil
  • 1 sk garam pink
  • 1 sk lada hitam
  • 1 sk sesame seed

Instructions
 

  • Suhun direbus 5-7 minit kemudian diangkat.
    resepi japchae
  • Campurkan sos tiram, maple syrup dan sedikit air panas.
    resepi japchae
  • Campurkan sos yang dibuat tadi ke dalam suhun. Gaulkan dan biar seketika
  • Panaskan kuali dan letak minyak olive oil
  • Pecahkan dan kocak telur sehingga sebati.
  • Gorengkan telur menjadi telur dadar. Angkat dan hiris panjang-panjang
    campur telur
  • Tumiskan bawang putih yang sudah dipotong.
  • Masukkan lobak merah beberapa ketika.
  • Masukkan sayur bayam dan cendawan shitake yang sudah dihiris panjang-panjang.
  • Masak sekilas. Tambahkan garam dan lada hitam
  • Masukkan suhun yang sudah dimarinate dengan sos tadi
  • Akhir sekali masukkan telur dadar yang sudah dipotong panjang. Gaulkan sehingga sekata.

Boleh juga tambahkan sayur capsicum. Saya kebetulan tak ada sayur capsicum di rumah. Kalau nak warna yang pekat, boleh tambahkan lagi sos tiram sewaktu semua bahan dicampurkan sekali. Tapi saya ingatkan anggaran kalori juga akan berubah.

Kalau nak buat resepi japchae melayu boleh lah tambah cili padi. Pun sedap juga. Rasa pedas tu memang boleh menambahkan rasa sedap dalam resepi ini.

Kalau sudah mencuba resepi glass noodle korean goreng ini, bolehlah kongsikan kepada saya bagaimana rasanya. Saya suka mendengar feedback daripada anda.

Jika anda sudah pernah melakukan diet, dan tidak berjaya. Ingin dapatkan bantuan secara profesional dan coaching one to one. Boleh dapatkan maklumat program saya di sini.

Kesimpulannya, tiada yang mustahil untuk menguruskan badan. Jika anda tahu memilih makanan yang sesuai ketika sedang diet, merubah gaya hidup anda menjadi lebih sihat dan melakukan kalori defisit yang betul. InsyaAllah apa yang anda cita-citakan pasti berhasil.