Resepi Sambal Telur [simple, mudah dan sesuai untuk orang diet]

Resepi Sambal Telur [simple, mudah dan sesuai untuk orang diet]

Resepi sambal telur ini sesuai sungguh dimasak kalau tengah malas atau takda idea nak masak apa. Lagi pula, telur adalah pilihan makanan yang mengandungi kandungan protein, lemak baik, dan juga mikronutrien yang bermanfaat untuk badan.

Telur padat dengan nutrien dan mengenyangkan, kerana kandungan proteinnya yang tinggi. (1) Selain itu, harganya juga murah dan mudah didapatkan.

diet telur rebus

Telur juga merupakan makanan yang mengandungi kalori yang rendah. Sebiji telur mengandungi anggaran 74kcal!

Related Posts

Manfaat Telur

diet telur

Diet yang tinggi kandungan protein seperti telur boleh membantu menurunkan berat badan. Ini kerana protein mengenyangkan, dan boleh membantu mengurangkan selera makan. (2, 3, 4, 5)

Beberapa penelitian menunjukkan memakan telur bersama makanan yang mengandungi serat membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Ia juga membantu mengurangkan pengambilan makanan sebanyak 15%, dan juga boleh menghindar makan makanan pada lewat malam. (6, 7, 8, 9)

Makanan yang tinggi kandungan protein juga boleh membantu meningkatkan metabolisma badan sehingga 80-100 kcal sehari. Ini kerana badan memerlukan tenaga yang lebih untuk mencernakan protein berbanding komponen makronutrien lainnya. (10, 11)

Cara Memasak Resepi Sambal Telur

resepi sambal telur

Resepi Sambal Telur

Prep Time 15 minutes
Cook Time 10 minutes
Total Time 25 minutes
Course Main Course
Cuisine Asian
Servings 3
Calories 160 kcal

Ingredients
  

  • 6 biji telur rebus
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 6 biji cili padi
  • 3 biji cili merah
  • 1 sk garam
  • 1 sb minyak olive oil/kelapa

Instructions
 

  • Rebus 6 biji telur rebus
    rebus bahan
  • Cincang/ditumbuk/food processor bawang putih, bawang besar, cili padi, cili merah dan garam
    blending ingredient
  • Telur yang direbus, kupas kulitnya.
  • Garingkan sedikit telur rebus di kuali menggunakan minyak olive oil/kelapa
  • Masukkan bahan yang sudah dikisarkan tadi. Gaul sehingga kering sedikit
  • Bahagikan kepada tiga bahagian
  • Boleh dimakan bersama nasi perang dan ulam ulaman

Resepi sambal telur ini, boleh juga dijadikan sambal goreng telor. Bezanya telur digoreng terlebih dahulu. Boleh juga dijadikan sebagai resepi sambal telur puyuh, hanya dengan menggantikan telur ayam kepada telur puyuh.

Kalau suka telur pecah, masakkan sambal terlebih dahulu kemudian baru pecahkan telur. Jadilah resepi sambal telur pecah. Kalau telur tu dihancurkan jadi resepi sambal telur hancur. Senang kan, macam-macam boleh buat dengan resepi ini.

Kalau sambal tu terbuat lebih, jangan buang. Boleh campurkan dengan nasi dan digoreng nanti. Pun sedap tau, saya dah mencubanya. Sambal ini sihat dan sesuai untuk mereka yang tengah diet.

5 Tanda Telur Rosak

Telur murah dan senang didapatkan. Kadang kalau dah beli telur, bila dah lupa guna untuk masak. Taktau masih elok lagi ke tak. Betul tak?

Saya pun sama, kadang jadi was-was nak guna. Bila aku beli ya telur ini? Elok lagi ke tak? Iyalah bukan apa, telur yang tak elok ini boleh menyebabkan keracunan makanan kerana kuman salmonella. Bahaya untuk diri dan keluarga nanti.

Jadi, dr nad nak kongsikan tips macam mana nak tahu sama ada telur dah rosak atau masih boleh dimakan lagi.

  1. Cek Tarikh Luput

Kalau beli telur di pasar raya, cuba cek dulu tarikh luput. Selalu ada print dekat kotak. Masalahnya ada juga yang tidak dicetak tarikh luput terutama kalau beli dekat pasar kan?

Telur ini kalau simpan di tempat yang kering atau di peti sejuk boleh bertahan lebih lama. Kadang sampai sebulan. Sebab itu, selain cek tarikh luput boleh guna kaedah lain seperti bawah ini.

2. Tes Rendaman Telur

Boleh rujuk kepada gambar di atas bagi mengetahui sama ada telur tu busuk atau masih segar. Gunakan semangkuk air, dan rendamkan telur perlahan-lahan ke dalam mangkuk. Perhatikan kedudukan telur itu.

  1. Jika telur berbaring dan terendam habis di dasar mangkuk, telur ini masih baru dan segar.
  2. Jika telur itu terapung-apung di dalam air, di antara dasar dan permukaan air. Telur ini juga masih segar dan berusia sekitar seminggu.
  3. Jika telur terendam menegak di dasar mangkuk, telur ini sudah berusia lebih daripada tiga minggu dan mula membusuk.
  4. Jika telur sudah terapung di permukaan air. Jangan dimakan kerana sudah busuk.

3. Tes Bau

Cuba hidu dulu bau telur. Kadang kita tak dapat hidu bau busuk dan hanyir ketika telur masih utuh. Boleh pecahkan telur dan cium baunya terlebih dahulu.

4. Goncang Telur

Goncangkan telur dekat di telinga. Jika anda tidak mendengar apa-apa bermaksud telur masih elok untuk dimakan. Ini kerana telur putih dan kuning masih mengikat. Namun jika anda boleh mendengar bunyi pemendapan air, telur sudah membusuk.

5. Permukaan Kulit

Pegang dan perhatikan kulit telur. Jika anda boleh rasakan seperti ada butiran kecil yang membuatkan permukaan telur kasar, telur masih segar. Perhatikan juga sama ada keretakan atau tidak. Kerana telur yang retak lebih mudah tercemar.

Semoga dengan sedikit perkongsian tips di atas, boleh membantu anda mendapatkan telur yang segar. Jika anda sukakan lebih banyak konten yang menarik dan berguna. Boleh menjadi sebahagian daripada komuniti saya dengan subscribe email dibawah.

Get New Recipes and Latest Info on Weight Mangement

* indicates required

Perlu saya ingatkan dalam melakukan apa jenis diet sekalipun. Bagi memastikan anda boleh berjaya menguruskan berat badan, anda mestilah berada dalam kalori defisit.

Selain melakukan kalori defisit, saya juga ada kongsikan 23 cara nak kuruskan badan yang terbukti berkesan secara sainstifik dan perubatan.

Calculate your optimal calories
Step 1: Basic Information
Imperial
Metric
years
Step 2: Activity Level
Step 3: Select your goal

Namun, jika anda pernah melakukan pelbagai jenis diet dan tidak berhasil, dan anda ingin saya bantu anda secara personal coaching one to one. Boleh lihat program yang saya tawarkan di sini.

Akhir kata dari saya, selamat mencuba resepi sambal telur ini. Dan sekiranya anda sudah mencubanya, apa kata kongsikan pengalaman dan rasa resepi ini. Saya sangat menghargai feedback daripada anda.