Kali ini, saya nak kongsikan resipi nasi goreng cili kering. Saya memang pencinta nasi goreng. Terutama lagi kalau pedas, makan waktu panas-panas mak mertua lalu memang tak nampak.
Lagipun masak nasi goreng cili kering ini memang mudah untuk dilakukan. Dan paling penting tak perlu waktu yang lama untuk masak. Lagi-lagi bila kita tak punya banyak masa kan.
Sebelum saya kongsikan resipi nasi goreng cili kering ini, seperti biasa saya akan berkongsi ilmu pemakanan. Bagi mereka yang sudah biasa berkunjung ke blog saya pasti tahu kebiasaan ini. Kalau anda sedang nak kuruskan badan dan tak tahu nak makan apa, boleh cuba resipi nasi goreng cili kering ini ya. Kalau sedap, bolehlah bantu saya kongsikan resipi ini di social media anda.
Apa-apapun, perlu saya ingatkan konsep untuk berjaya dalam melakukan apa jenis diet adalah melakukan kalori defisit.
Pernah tak dengar kalau makan makanan yang pedas membantu dalam menurunkan berat badan juga meningkatkan metabolisma badan? Ianya terbukti secara penelitian ilmiah. (1, 2, 3)
Jump to RecipeCili kering yang kita gunakan di dalam resipi ini mengandungi capsaicin yang membantu dalam mengurangkan selera makan dan meningkatkan pembakaran lemak. (4, 5)
Cili merah merupakan sumber makanan yang mengandungi capsaicin yang tinggi. Ia juga mempunyai kandungan antioxida carotenoids yang tinggi dan terbukti mempunyai manfaat yang baik kepada kesihatan seperti boleh membantu melawan kanser juga baik untuk kesihatan mata. (6, 7, 8, 9, 10, 11)
Dengan mengambil 10gram cili merah dalam pemakanan harian, membantu dalam meningkatkan proses pembakaran lemak pada penelitian yang dilakukan pada sekumpulan lelaki dan wanita dewasa. (12, 13, 14, 15, 16, 17)
Penelitian yang dilakukan selama 12 minggu, kepada 80 orang yang mempunyai BMI yang sedikit berlebihan. Mereka mengambil serbuk capsaicin sebanyak 6gram setiap hari dan hasilnya lemak di perut berkurang. (18)
Capsaicin juga boleh membantu dalam mengurangkan pengambilan kalori. 24 orang yang mengambil capsaicin atau cili sebelum memulakan makanan mereka mendapati mereka makan kurang dari biasanya. (19)
Namun terdapat juga beberapa penyelidikan yang telah dilakukan menunjukkan tidak ada perubahan signifikan dalam pengambilan cili merah dan membakar lemak maupun mengurangkan selera makan. (20, 21, 22)
Manakala ada penyelidikan yang membuktikan bahwa dengan memakan cili merah dapat membantu mengurangkan selera makan dan juga kurang pengambilan kalori namun pada mereka yang tidak biasa memakan cili merah. (23)
Walaupun hasil penelitian ini agak bercampur, namun tidak dinafikan dengan mengambil cili merah (capsaicin) boleh membantu dalam perjuangan nak kuruskan badan apabila juga mengamalkan gaya hidup sihat. (24)
Hanya berharap dengan makan cili merah saja untuk menurunkan berat badan adalah kurang tepat, kerana dalam jangka waktu yang lama, badan kita boleh membina toleransi terhadap makanan itu. (25)
Baik, mari saya kongsikan cara nak masak resipi nasi goreng cili kering ini.
Nasi goreng cili kering
Equipment
- 1 Kuali
Ingredients
- 2 senduk nasi putih kalori satu senduk nasi 120kcal
- 1 biji bawang besar*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 penumbuk ikan bilis*
- 7 batang cili kering* Boleh lebih kalau suka pedas
- 0.5 inchi belacan*
- 1 biji telur
- 7 biji tomato cherry boleh letak jenis sayuran yang lain.
- 1/2 daging boleh letak sumber protein lain. Kalau taknak pun tak apa sebab kita ada guna ikan bilis
- 1 sudu olive oil
Instructions
- Rebuskan 7 batang cili kering sampai mendidih
- Semua bahan yang bertanda* ditumbuk sampai lumat. Kalau malas, boleh blend
- Panaskan kuali, dan letak 1 sudu olive oil
- Gorengkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi. Biarkan beberapa minit
- Masukkan daging dan masak 6 hingga 7 minit.
- Pecahkan telur dan masukkan telur. Kacaukan sehingga sebati
- Akhir sekali masukkan nasi. Dan gaulkan.
Anda juga boleh melihat resipi-resipi lain di sini sekiranya anda tidak mempunyai idea apa nak masak.
Berminat untuk mengetahui bagaimana saya boleh membantu anda untuk turunkan berat badan 2 hingga 20 kg dalam masa sebulan. Boleh klik di sini.