Nasi Goreng Kimchi – [Resipi tanpa Gochujang – sihat dan mudah]
![Nasi Goreng Kimchi – [Resipi tanpa Gochujang – sihat dan mudah]](https://nadiahnazri.com/wp-content/uploads/2022/06/nasi-goreng-kimchi.jpg)
Kebelakangan ini, selalu sangat nampak influencer makan nasi goreng kimchi dekat ig story, waktu dorang pergi ke korea. Seronok tengok, rasa macam ikut sekali pergi. Terliur tengok mereka makan nasi goreng korea tu, rasa nak buat resipi nasi goreng kimchi tapi versi sihat dan diet (cukup makronutrien dan mikronutrien) dan rendah kalori 🤤
Kalori nasi goreng kimchi ini hanya 295kcal sahaja. Sangat sesuai bagi mereka yang tengah diet dan nak kuruskan badan.
Jadi, kali ini dr nad nak kongsikan cara masak nasi goreng kimchi simple tanpa gochujang. Tapi apa-apapun dr nad pastikan cukup makronutrien, rendah kalori supaya boleh buat kalori defisit dan boleh urus berat badan.
Nak tahu berapa kalori harian yang anda perlukan untuk menguruskan berat badan, boleh gunakan kalkulator di bawah.
