Saya suka buat resepi spaghetti aglio olio untuk diet ni selain ianya senang, cepat dan sangat simple untuk dilakukan. Kalori spaghetti aglio olio simple ini rendah kalori sekitar 442kcal untuk dua orang makan.
Saya seorang ibu yang bekerja, dan saya sebenarnya lebih suka kalau ada lebih masa untuk berehat ataupun “me time”. Sama tak?
Bila ada anak tiga orang, mak ai memang sentiasa tak cukup masa apa lagi nak urus rumah kan. Saya pun takda pembantu rumah. Jadi saya suka masak yang senang, cepat dan penting sedap.
Tambahan lagi, kalau untuk pelajar atau mahasiswa pun senang sangat nak buat ni. Jimat dan boleh buat sendiri dekat rumah atau asrama. Nanti bagi try mak sekali tentu mak suka kan.
Resepi aglio olio ni sesuai juga untuk tengah mereka yang diet atau yang nak bina otot sebab resipi ni cukup makronutrien. Bezanya bagi mereka yang nak bina otot kena lebihkan pengambilan protein.
Penafian: Beberapa link yang terdapat di dalam blog ini mengandungi affilate links, saya mungkin mendapat komisyen sekiranya anda menekan link tersebut, TANPA SEBARANG KOS TAMBAHAN kepada anda. Saya berharap dengan membaca blog ini anda mendapat banyak manfaat. Terima kasih!
Rekomendasi Produk Untuk Resepi Spaghetti Aglio Olio
Bahan – Bahan Masakan Resepi Spaghetti Aglio Olio Dan Variasi
Spaghetti – Spaghetti yang saya gunakan di dalam resepi aglio olio diet ini adalah spaghetti wholemeal. Ini adalah kerana spaghetti jenis ini mempunyai nilai GI yang rendah (Glycemic Index).
Indeks glycemic yang rendah boleh membantu dalam mengawal kadar gula dalam darah dan baik untuk mereka yang mempunyai masalah kencing manis.
Jika anda sedikit ‘adventurous’ boleh la mencuba pelbagai jenis pasta yang ada di pasaran. Secara peribadi, untuk masak resepi aglio olio ini saya pernah menggunakan jenis angel hair spaghetti, fettucine, dan fusili.
Resepi spaghetti diet yang pernah saya kongsikan menggunakan spaghetti adalah resepi mee mamak. Anda boleh mencuba resepi ini jika anda suka akan spaghetti aglio olio diet ini. Kalori spaghetti goreng dalam resepi mee mamak ini adalah 427kcal.
Olive Oil – Olive oil sangat mempunyai kandungan omega 3 yang tinggi dan ini boleh membantu dalam membakar lemak juga baik untuk kesihatan jantung.
Tapi, jangan tersalah beli minyak olive oil. Yang saya gunakan dalam resepi spaghetti diet ini adalah minyak olive oil jenis ini.
Bawang Putih – Untuk aglio olio resepi ini, bawang putih merupakan antara hero utama. Rasa and aroma bawang putih boleh menaikkan selera makan ketika mencuba masakan resepi spaghetti aglio olio ini.
Cuma kerana kekangan masa, saya menggunakan garlic salt sebagai pengganti. Jadi saya tak perlu menambah garam dalam aglio olio resepi ini.
Protein – Bagi saya resepi aglio olio sangat ‘versatile’. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis protein dan rasanya sedap. Untuk resepi spaghetti aglio olio diet ini, saya menggunakan dada ayam.
Saya juga pernah menggunakan salmon dan juga udang. Namun, jika anda menggunakan jenis protein yang berbeza untuk spaghetti aglio olio diet, maka nilai kalori juga akan berubah.
Kalori spaghetti aglio olio udang adalah 492kcal (resepi olio aglio ini adalah untuk dua orang dan menggunakan 100 gram udang)
Nak tahu berapa keperluan kalori harian yang diperlukan oleh anda untuk mendapatkan berat badan ideal anda, boleh isi data anda di bawah.
Sayur-sayuran – Saya sangat menggalakan dalam apa jua masakan sekali pun cubalah untuk tambahkan sayur-sayuran atau jadi sayur-sayuran sebagai “side dish”.
Sayur-sayuran tinggi fiber dan mikronutrien lain yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh badan kita.
Sayur-sayuran yang pernah saya gunakan dalam resepi spaghetti aglio olio ini seperti brokoli, tomato cherry, asparagus, dan juga bayam brazil.
Optional – Jika anda suka resepi aglio olio diet yang pedas. Boleh tambahkan cili padi. Saya suka tambah cili padi. Memang berselera. Lagipun kalau makan pedas boleh membantu meningkatkan metabolisma badan dan bakar lemak tau.
Kalau tak nak guna cili padi, boleh juga gantikan dengan chili flakes. Pun sedap juga.
Tips Dan Variasi Cara Masak Resepi Spaghetti Aglio Olio
Resepi spaghetti diet ini boleh je ganti dengan ikan salmon atau udang maka jadilah resepi spaghetti aglio olio seafood.
Takda masalah pun nak tukar, cara masak sama je cuma ikan salmon tu sebaiknya dipotong dadu dan sekata biar masak semua bahagian manakala untuk udang pula jangan lupa kupas semua bahagian. Kepala udang boleh dibuang.
Cara masak udang pula boleh juga seperti di bawah ni atau pun rebus je dulu. Kalau malas dan nak cepat macam saya, selalu rebus je udang tu dengan spagetti dah settle. Plus, kemanisan udang tu boleh la diserap dengan mee spaghetti tu sekali. Sedap!
Tapi, ingat ya kalau da tukar sama ada pilih ikan salmon ataupun udang sebagai protein. Kalori aglio olio boleh berubah mengikut kiraan kalori makanan.
Kalau nak gunakan ikan salmon dan udang sekali dalam resipi ni pun boleh tapi berpada-pada ya kerana nilai kalori spaghetti boleh meningkat. Saran saya pilih salah satu sahaja sebagai sumber protein.
Dan penting juga, pengambilan makanan hendaklah mengikut portion/bahagian makanan mengikut berat dan ketinggian masing-masing (atau senang cakap ikut keperluan kalori badan sendiri aka TDEE).
Cara Masak Resepi Spaghetti Aglio Olio
Resepi Spaghetti Aglio Olio
Equipment
- 1 Periuk
Materials
- 250 gram Dada Ayam cincang Boleh pakai dada ayam dan potong sendiri.
- 1/2 cawan Brocolli
- 50 gram tomato cherry
- 500 gram spagetti Untuk lebih sihat dan kenyang lama boleh pakai spagetti wholemeal
- 7 biji cili padi Ini adalah optional, kalau suka pedas boleh letak. Tak letak pun tak apa.
- 1 sudu kecil garlic salt Kalau takda, boleh ganti dengan garam biasa
- 1 sudu kecil italian herb Ini adalah optional, kalau ada menyedapkan aroma dan rasa.
- 1/2 mangkuk kecil olive oil Untuk pilihan lebih sihat untuk orang diet, sebaiknya beli minyak olive oil untuk masak.
Instructions
- Rebuskan spagetti dalam 5-8 minit. Nak tahu kalau spagetti dah boleh masak. Cuba putuskan spagetti. Kalau mudah putuskan, bermaksud spagetti tu sudah masak
- Sementara menunggu spagetti masak, boleh potong brocolli, tomato cherry dan juga cili padi
- Jika beli dada ayam yang bukan cincang, boleh potong dada ayam bentuk dadu. Tapi kalau beli cincang senang.
- Panaskan kuali. Agak-agak kuali dah berasap dan panas boleh masukkan satu sudu minyak olive oil
- Masukkan dada ayam, kecilkan api ke medium dan masak lebih kurang 4-6 minit
- Agak-agak dada ayam sudah bertukar ke warna putih, boleh letak setengah cawan brocolli yang sudah dibelah dua
- Kemudian perasakan dengan garlic salt satu sudu kecil (Kalau takda garlic salt boleh guna garam)
- Masukkan cherry tomato (Bagi rasa manis, takda cherry tomato boleh guna tomato biasa takda masalah) dan kemudian boleh masukkan cili padi kalau suka pedas
- Masukkan spagetti yang sudah masak dan lembut. kacaukan semua bahan-bahan tersebut
- Boleh masukkan italian herb untuk aroma dan rasa kalau ada. Takda pun tak apa tetap sedap.
FAQs Resepi Spaghetti Aglio Olio
Bagaimana Cara Menyimpan Spaghetti Aglio Olio Diet?
Kalau masak resepi aglio olio ini lebih, boleh simpan elok-elok dekat bekas makanan kemudian boleh simpan dekat peti sejuk. Bila nak makan, panaskan saja dengan microwave, air fyer atau dekat periuk nasi pun dah okay. Sebab mee spaghetti mudah keras, selalu waktu saya panaskan saya akan letak air panas sedikit.
Adakah Spaghetti Sesuai Untuk Diet?
Spaghetti sesuai untuk diet. Paling baik jika ingin memilih makan spaghetti, pilih spaghetti yang mempunyai glisemik indeks yang rendah. Ini bukan sahaja pilihan yang lebih baik bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, atau mereka yang pre-diabetik, malah ianya baik kerana membantu meregulasi gula dalam darah.
Berapa Kalori Spaghetti Aglio Olio?
Kalori Spaghetti Aglio Olio bergantung dengan apa jenis protein yang dipilih atau jika masak dengan resepi aglio olio kosong pasti nilai kalori makanan itu justru lebih rendah. Tapi untuk resepi ini, spaghetti aglio olio kalori adalah 442kcal.
Saya suka makan pedas, jadi dalam resepi ini saya ada letak cili padi, ini adalah pilihan kalau tak letak cili padi pun tetap sedap. Lagipun makan pedas boleh membantu meningkatkan metabolisma dan membakar lemak tau.
Aglio olio resepi boleh tanpa cili padi sebab ada juga yang suka letak chilli flakes, terpulang kepada selera masing-masing.
Resepi aglio olio ini boleh juga letak cheese kalau nak, tapi nasihat saya berpada-pada kalau nak letak cheese sebab nilai aglio olio kalori pun boleh meningkat.
Boleh juga mencuba masak resepi spaghetti aglio olio kosong. Hanya perlu spaghetti, minyak olive oil, mixed herbs, bawang putih dan garam sudah mencukupi. Spaghetti aglio olio kalori kalau masak kosong adalah dalam anggaran 217kcal.
Saya berharap resepi aglio olio diet ini dapat memberi manfaat kepada anda. Sekiranya anda sudah mencuba memasak resepi aglio olio diet ini, bolehlah kongsikan kepada saya sekiranya anda menyukainya.
Anda boleh juga memberikan sokongan kepada saya untuk menulis lebih banyak resepi dengan kongsikan resepi ini kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat anda.
Ingin tahu bagaimana program saya boleh membantu anda turun berat badan 2 hingga ke 10 kilogram dalam masa sebulan? Boleh klik di sini.
Recent Comments