Kalau anda tercari-cari cara intermittent fasting 16:8, bagaimana melakukannya, manfaat, menu diet intermittent fasting, dan pantang larang diet IF. Artikel ini mungkin boleh membantu anda.
Banyak pengalaman intermittent fasting yang dikongsikan oleh selebriti luar negara juga di Malaysia seperti yang dikongsikan oleh Lisa Surihani.
Malah banyak pengalaman intermittent fasting daripada peserta saya dan saya sendiri yang terbukti dalam membantu menguruskan berat badan, dan juga baik untuk kesihatan.
Saya ada kupaskan panduan lengkap intermittent fasting untuk pemula di artikel yang lalu. Untuk artikel ini, dr nad akan kupaskan lebih mendalam mengenai cara intermittent fasting 16:8.
Jika anda, tidak sabar ingin mengetahui bagaimana cara intermittent fasting 16:8 dilakukan, jom baca artikel ini sehingga habis.
Penafian: Beberapa link yang terdapat di dalam blog ini mengandungi affilate links, saya mungkin mendapat komisyen sekiranya anda menekan link tersebut, TANPA SEBARANG KOS TAMBAHAN kepada anda. Saya berharap dengan membaca blog ini anda mendapat banyak manfaat. Terima kasih!
Rekomendasi Produk
Buku Log Makanan & Senaman – Diari Diet
Apa Itu Intermittent Fasting?
Sebelum dr nad terangkan lebih lanjut bagaimana cara intermittent fasting untuk pemula dilakukan, dr nad nak terangkan terlebih dahulu apa itu intermittent fasting.
Intermittent fasting adalah satu kaedah diet di mana anda fokus kepada waktu. Waktu berpuasa dan waktu untuk makan.
Tidak ada spesifik menu diet intermittent fasting tapi dr nad sarankan untuk anda makan makanan yang seimbang, bernutrisi, dan lengkap makronutrien.
Nampak simple, tapi kebanyakan orang tidak memahami bahwa memilih makan makanan yang seimbang dan bernutrisi sangat membantu kesihatan secara fisikal dan mental.
Dr Nad harap dengan penjelasan ini, soalan apa itu IF sudah terjawab.
Pantang Larang Diet IF (Intermittent Fasting)
Sebenarnya tidak ada pantang larang diet IF yang spesifik, kecuali waktu di antara waktu berpuasa (fasting period) dan waktu untuk makan (feeding period).
Tapi sekiranya anda tujuan anda melakukan diet IF adalah untuk kesihatan, menguruskan berat badan, dan juga ingin mengelakkan penyakit. Saran saya adalah perhatikan apa yang anda makan.
Perkara yang paling remeh dan dianggap biasa oleh banyak orang adalah memilih makan makanan yang sihat, seimbang, bernutrisi, dan lengkap dengan keperluan makronutrien juga mikronutrien.
Makanan sihat ini sangat memberi manfaat kepada kesihatan fisikal dan mental anda. Dengan memilih makanan yang seimbang dan lengkap makronutrien juga mikronutrien, anda akan dapat kawal craving makanan anda, kulit yang glowing, rambut dan kuku yang kuat dan sihat, awet muda, menguruskan stres, dan juga mendapatkan tidur yang memuaskan.
Kesalahan intermittent fasting yang banyak dilakukan adalah dengan tidak mengambil kira apa makanan yang masuk ke dalam badan anda. Sebaiknya elakkan makanan yang berproses, siap saji, dessert yang manis, dan juga minum minuman yang tinggi kalori seperti air soda, air bubble tea.
Hidrasi tubuh badan anda dengan minum air putih secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Minum air putih sangat penting kepada tubuh badan kita. Ia juga zero kalori!
Namun cara diet puasa 16 jam ini harus dilakukan dengan berhati-hati bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit diabetes, penyakit autoimun, dan masalah tabiat pemakanan. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan diet IF ini.
Intermittent Fasting 16:8
Cara intermittent fasting 16:8 dikenali juga sebagai Leangains Protocol, dan merupakan antara cara diet IF yang popular.
Cara intermittent fasting 16:8 merupakan cara diet IF yang dihasilkan oleh Martin Berkhan. Beliau seorang pakar nutritionist dan juga jurulatih peribadi yang mencari cara bagaimana membantu pelanggannya membina otot dan menurunkan kadar lemak dalam badan.
Cara Intermittent Fasting 16:8
Cara diet puasa 16 jam atau lebih dikenali sebagai intermittent fasting 16:8 adalah dengan anda merancang jadual pemakanan anda dan berpuasa selama 16 jam dan makan dalam jangka waktu 8 jam.
Ini bukanlah bermaksud anda perlu makan setiap 8 jam tersebut. Tetapi makan dalam jeda waktu setelah anda berpuasa selama 16 jam.
Anda boleh memilih untuk bermula berpuasa dari jam berapa dan setelah diet if 16 jam berbuka puasa. Pengalaman intermittent fasting saya dan peserta saya adalah memilih untuk berpuasa dari malam seawal jam 7 malam dan berbuka puasa pada jam 11 pagi.
Lebih mudah melakukan cara intermittent fasting 16:8 dengan berpuasa pada malam hari berbanding pagi hari. Kerana pada waktu pagi kita memerlukan lebih banyak tenaga untuk beraktiviti.
Lagi pula, berpuasa di malam hari kita boleh mengelakkan gangguan pada circadian rhythm. Circadian rhythm sangat penting untuk mengekalkan kesihatan fisikal dan mental secara holistik.
Anda boleh gunakan kalkulator intermittent fasting ini, untuk membantu anda menentukan waktu mula berpuasa dan berbuka.
Bagi saya cara intermittent fasting yang betul untuk diet IF 16 jam ini adalah dengan anda merancang sendiri bila waktu yang sesuai untuk anda. Kerana anda lebih mengenali kemampuan diri anda.
Manfaat Cara Intermittent Fasting 16:8
Diet intermittent fasting memang terbukti dalam membantu memberikan manfaat kepada kesihatan fisikal dan juga mental.
Bagi mereka yang mempunyai masalah ketidakseimbangan hormon terutama hormon insulin adalah sangat baik mencuba melakukan diet IF ini.
Badan mendapatkan sumber tenaga daripada karbohidrat. Karbohidrat akan dicernakan menjadi glukosa dan ini akan menyebabkan hormon insulin dikeluarkan oleh pankreas yang bertindak sebagai kenderaan untuk membawa glukosa ini kepada setiap sel-sel di dalam badan sebagai sumber tenaga.
Jenis karbohidrat yang dipilih sebagai asupan untuk badan sangat penting. Ini kerana, karbohidrat jenis ringkas akan menyebabkan terjadinya peningkatan kadar glukosa dalam badan yang tinggi dan juga penurunan yang drastis berbanding mengambil karbohidrat kompleks.
Karbohidrat kompleks mempunyai kandungan serat, vitamin, dan mineral yang tinggi sehingga boleh memberikan keperluan tenaga untuk sel-sel dalam badan secara stabil. Ini boleh membantu menstabilkan hormon insulin dan mengelakkan terjadinya insulin resistance.
Selain daripada baik untuk keseimbangan hormon, diet IF juga boleh membantu dalam mengurangkan inflamasi pada badan, menurunkan kolesterol, dan menurunkan risiko mendapat penyakit jantung, diabetes, obesiti, alzheimer.
Cara diet IF yang betul adalah dengan memilih makanan yang seimbang lengkap dengan makronutrien dan mikronutrien kemudian lakukan diet intermittent fasting dan berubah kepada gaya hidup sihat.
Cara Intermittent Fasting Untuk Pemula – Crescendo Fasting
Cara intermittent fasting untuk pemula, saran saya janganlah terus melakukan cara diet puasa 16 jam.
Sebaiknya saya sarankan untuk melakukan cara intermittent fasting; crescendo fasting terutama untuk wanita. Iaitu jadual intermittent fasting bermula dengan berpuasa 10 jam @ 12 jam @ 14 jam sebelum melakukan diet IF 16 jam.
Crescendo fasting adalah salah satu cara intermittent fasting untuk pemula di mana anda boleh meningkatkan intensiti berpuasa anda dari 10 jam ke 12 jam ke 14 jam dan seterusnya.
Melakukan crescendo fasting adalah cara intermittent fasting untuk pemula yang terbaik kerana bagi mereka yang belum pernah berpuasa dan ingin mencuba diet ini ada kemungkinan pada saat mereka mula melakukannya akan terjadi ketidakseimbangan hormon terutama pada wanita.
Badan wanita sangat istimewa kerana hanya wanita sahaja yang boleh mengandung dan melahirkan anak. Oleh kerana itu, badan wanita sangat sensitif terhadap perubahan hormon. Dengan melakukan crescendo fasting terutama untuk pemula boleh menghindar daripada terjadi ketidakseimbangan hormon ini.
Sebagai contoh, pada wanita yang tidak pernah berpuasa, apabila mula melakukan diet IF boleh terjadi gangguan hormon pada estrogen dan progesteron. Gangguan ini boleh menyebabkan terhenti atau kurangnya pendarahan haid dan menganggu kesuburan wanita untuk mendapatkan anak.
Menu Diet Intermittent Fasting
Seperti yang dr Nad jelaskan di pantang larang IF, tiada pantang larang untuk makan apa ketika melakukan diet intermittent fasting 16:8.
Sebaiknya, nasihat saya adalah makan makanan yang sihat, bergizi, lengkap makronutrien dan mikronutrien. Jadual makanan diet boleh cek di kalkulator intermittent fasting ini.
Kesalahan intermittent fasting yang terbesar yang sangat banyak orang lakukannya ketika melakukan diet intermittent fasting 16:8 adalah tidak memperhatikan apa makanan dan minuman yang masuk ke dalam badan aka hentam sajalah.
Sebab itu, banyak mereka yang melakukan diet ini tidak nampak hasilnya.
Saya kongsikan menu intermittent fasting Malaysia yang boleh anda pilih dan masak sendiri di rumah.
FAQs Cara Intermittent Fasting 16:8
Adakah Cara Intermittent Fasting 16:8 Berkesan Untuk Menguruskan Badan?
Ya, cara Intermittent Fasting 16:8 berkesan untuk menguruskan badan. Menurut penelitian yang diterbitkan dalam Nutrition and Healthy Aging (Jun 2018), dengan berpuasa boleh membantu dalam menurunkan berat badan dan juga menurunkan tekanan darah.
Boleh Ke Hilang 1 Kg Dalam Masa Seminggu Jika Melakukan Intermittent Fasting?
Boleh. Melakukan cara intermittent fasting yang betul, secara purate boleh menurunkan berat badan di antara 0.25-0.75 kg dalam masa seminggu. Terdapat juga mereka (4-7%) yang berjaya mendapatkan penurunan dalam ukuran lingkar perut yang bermakna mereka berjaya mengempiskan perut buncit.
Boleh Ke Saya Melakukan Cheat Meal Ketika Melakukan Intermittent Fasting?
Boleh. Ketika melakukan diet intermittent fasting, sekali sekala boleh melakukan cheat day dan ini tidak menghalang proses menguruskan berat badan anda sekiranya anda melakukannya dengan betul. Malah, melalui penelitian cheat day yang dilakukan dengan sengaja boleh membantu dalam meningkatkan metabolisma badan.
Boleh Ke Saya Berjaya Kuruskan Badan Dengan Melakukan Intermittent Fasting Tanpa Melakukan Senaman?
Boleh. Mereka yang melakukan intermittent fasting tanpa melakukan senaman boleh menguruskan berat badan namun kebanyakan hilang berat badan kerana otot. Jika mereka melakukan senaman, kehilangan otot ini akan berubah kepada pembakaran lemak, ini adalah lebih baik.
Macam Mana Nak Tahu Jika Intermittent Fasting Yang Saya Lakukan Berjaya?
Untuk mengetahui jika intermittent fasting yang anda lakukan sesuai dan berjaya anda lakukan adalah setelah melakukan diet IF seminggu, anda akan nampak bahagian perut anda mengempis, kurang kembung perut. Setelah minggu kedua, akan mula nampak penurunan berat badan.
Kenapa Berat Badan Saya Bertambah Setelah Melakukan Intermittent Fasting?
Jika berat badan anda bertambah setelah melakukan intermittent fasting, ini boleh disebabkan anda makan melebihi keperluan kalori harian anda ketika waktu makan. Anda boleh kira keperluan kalori anda dengan kalkulator di bawah ini.
Saya berharap anda mendapat manfaat dengan perkongsian saya bagaimana melakukan cara intermittent fasting 16:8 ini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh email saya di [email protected]. Dan sekiranya anda ingin menyertai program saya di mana saya akan ajarkan ilmu pemakanan yang boleh membantu anda untuk menguruskan badan, keseimbangan hormon, dan juga kesihatan.
Jika artikel ini memberi manfaat dan membantu anda dalam memahami apa itu IF dan bagaimana melakukan cara intermittent fasting yang betul, anda boleh membantu saya dengan berkongsi artikel ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda.
Related Posts
Apa Itu Intermittent Fasting? Panduan Lengkap Untuk Pemula
Guide For Intermittent Fasting For Women Over 40