Dr Nad pasti anda sering mendengar mengenai diet intermittent fasting, namun ramai sebenarnya masih tidak tahu apa itu intermittent fasting dan juga pantang larang diet IF.
Kali ini, dr Nad nak jelaskan sebaik mungkin mengenai apa itu diet intermittent fasting dan bagaimana cara diet intermittent fasting yang betul.
Kenal Lisa Surihari? Nak tahu cara Lisa Surihani diet? Beliau melakukan intermittent fasting. Boleh tonton perkongsian wawancara bersama utusan yang bertanya mengenai cara Lisa Surihani diet di bawah ini.
Beberapa selebriti lain yang berkongsi pengalaman intermittent fasting dan berjaya menurunkan berat badan juga adalah Azrel Ismail, Bae Suzy, Nicole Kidman, Jeniffer Aniston, dan ramai lagi.
Maka tak hairanlah, diet intermittent fasting menjadi popular di serata dunia dan juga di Malaysia.
Namun, sebelum anda hendak memulakan diet intermittent fasting ini. Lebih baik jika anda ketahui dahulu apa itu intermittent fasting dan cara diet intermittent fasting yang betul?
Penafian: Beberapa link yang terdapat di dalam blog ini mengandungi affilate links, saya mungkin mendapat komisyen sekiranya anda menekan link tersebut, TANPA SEBARANG KOS TAMBAHAN kepada anda. Saya berharap dengan membaca blog ini anda mendapat banyak manfaat. Terima kasih!
Rekomendasi Produk
Menulis journal dan keep track progress anda dengan menulis di journal boleh membantu anda mencapai matlamat yang sudah anda tetapkan.
Takda idea nak masak makanan diet sihat? Buku resepi ini mungkin boleh membantu anda.
Apa Itu Intermittent Fasting?
Intermittent Fasting atau IF adalah satu kaedah diet di mana ianya fokus kepada menghadkan waktu makan.
Ada jadual pengiliran di antara waktu makan dan waktu berpuasa yang harus diikuti sekiranya melakukan intermittent fasting.
IF tidak menghadkan berapa jumlah dan apa makanan yang boleh dimakan sewaktu waktu makan, namun nasihat saya adalah pilihlah makanan yang sihat dan seimbang yang dapat memberikan manfaat serta nutrisi kepada badan anda ketika melakukan IF.
Penting juga untuk anda mengamalkan cara pengambilan saiz hidangan yang betul dan sesuai dengan keperluan tubuh badan anda bagi memastikan diet intermittent fasting ini berhasil.
Jangan lupa juga, untuk minum air secukupnya agar anda tidak dehidrasi ketika melakukan diet intermittent fasting ini.
Pantang Larang Diet IF
Bagi mereka yang baharu saja nak berjinak-jinak dengan diet intermittent fasting ini , pasti ingin mengetahui pantang larang diet IF ini.
Ok, dr Nad nak terangkan sedikit mengenai cara intermittent fasting untuk pemula dan pantang larang diet IF ini:
Makan Apa Sahaja – Oleh kerana diet IF ini hanya memfokuskan kepada menghadkan waktu makan anda, dan bukan kepada apa yang anda makan. Banyak yang melakukan IF terutama bagi pemula tidak nampak perubahan yang ketara tatkala melakukan diet ini.
Tidak di nafikan dengan menghadkan masa makan anda, anda akan secara tidak sengaja melakukan kalori defisit. Namun ini tidak menjamin keberhasilan kejayaan anda sekiranya anda tidak perhatikan apa yang anda makan.
Oleh itu, sangat penting dalam melakukan apa jua jenis diet sekalipun haruslah mengambil pemakanan yang seimbang, cukup makronutrien, dan juga dalam saiz hidangan yang sesuai.
Elakkan Atau Kurangkan Makan Atau Minum Benda Manis – Pengambilan gula boleh menyebabkan usaha anda sia-sia malah gula putih juga meningkatkan risiko mendapat penyakit kencing manis, darah tinggi, dan juga penyakit jantung.
Cara diet intermittent fasting yang betul adalah sewaktu anda masih berpuasa, anda dibolehkan untuk minum minuman yang rendah kalori seperti air kosong, air kopi kosong, dan air teh kosong.
Kalori Defisit – Cara intermittent fasting untuk pemula yang sedang melakukan diet IF adalah dengan melakukan kalori defisit. Ini boleh membantu anda menguruskan badan.
Anda boleh mengisi kalkulator di bawah ini untuk mengetahui berapa kalori defisit anda.
Melakukan Senaman – Banyak penelitian yang telah dilakukan menunjukkan mereka yang melakukan diet dan dikombinasikan dengan melakukan senaman lebih mudah untuk menurunkan berat badan.
Cara Diet Intermittent Fasting Yang Betul
Terdapat banyak cara diet intermittent fasting yang betul yang boleh dilakukan. Namun saya hanya akan jelaskan cara jadual intermittent fasting yang popular sahaja.
16:8 Intermittent Fasting – Dikenali juga sebagai Leangains protocol, jadual diet intermittent fasting 16:8 ini, anda harus berpuasa selama 16 jam kemudian boleh makan dalam waktu 8 jam.
Sebagai contoh 11 pagi hingga 7 petang adalah antara waktu yang anda boleh makan, selebihnya anda kena berpuasa.
Makan-Berhenti-Makan – Jadual intermittent fasting ini adalah anda kena berpuasa selama 24 jam dalam satu ke dua hari dalam masa seminggu,hari lainnya makan seperti biasa.
5:2 Intermittent Fasting – Makan seperti biasa selama 5 hari, namun berpuasa secara berselang hari sebagai contoh berpuasa pada hari isnin dan rabu. Pada hari berpuasa hanya boleh makan 500-600 kcal/hari. Jadual intermittent fasting ini lebih kurang macam puasa sunat isnin – khamis.
Pengalaman Intermittent Fasting
Pengalaman intermittent fasting saya sendiri, diet ini sangat membantu dalam mengawal pengurusan berat badan saya dan juga membantu meregulasi hormon.
Beberapa penelitian yang saya baca dan kaji banyak memberikan dampak positif bagi wanita yang berusia apabila mereka melakukan intermittent fasting.
Ramai yang tidak tahu, bahawa terutama pada wanita masalah gangguan pada hormon adalah penyebab utama kenapa sukar untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
Cara diet intermittent fasting yang betul adalah dengan menitik beratkan pengambilan makanan yang saya makan juga saya melakukan senaman seperti brisk walking, jogging, resistance training, dan juga yoga-pilates.
Apa yang kita makan sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita, malah pemilihan makanan yang betul boleh membantu meregulasi hormon pada tubuh badan kita.
Sekiranya anda memerlukan khidmat personal coaching di mana saya akan bantu anda bermula daripada ilmu pemakanan, kesihatan, pembuktian secara sains, dan juga senaman. Ketahui bagaimana saya membantu ramai orang seperti anda melalui program saya.
Berapa Lama Hasil Intermittent Fasting Akan Nampak?
Bagi pemula, pastilah anda tertanya-tanya berapa lama hasil intermittent fasting ini akan nampak.
Pengalaman intermittent fasting saya ketika coaching one-to-one, minggu pertama anda akan merasa perut kurang buncit dan kelihatan agak mengurus. Angka penurunan akan bermula pada awal minggu kedua.
Terus lakukan diet intermittent fasting ini selama 4 ke 6 minggu untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan.
Manfaat Melakukan Intermittent Fasting
Cara diet if yang betul akan memberikan banyak manfaat kepada kesihatan mental dan tubuh badan anda.
Sebelum cara diet intermittent fasting ini dilakukan, adalah penting melakukan diet ini dalam keadaan anda berada dalam keadaan stress yang terkendali juga mempunyai tidur yang mencukupi dan berkualiti.
Sebelum saya cara diet intermittent fasting yang betul dan manfaatnya, terlebih dahulu saya sarankan bagi mereka yang mempunyai masalah kadar gula dalam darah tak terkawal, masalah gangguan pemakanan, masalah immunocompromised, dan kurang berat badan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum melakukan diet IF ini.
Manfaat melakukan intermittent fasting:
- Membantu dalam menurunkan berat badan, membakar lemak visceral, mengurangkan rasa lapar dan mengidam.
- Mengelakkan penyakit kencing manis dengan meregulasi hormon insulin, menurunkan kadar kolesterol dalam darah sehingga membantu menghindar mendapat penyakit jantung dan darah tinggi juga boleh mengelakkan mendapat penyakit dementia.
- Membantu dalam proses membaik pulih sel-sel dalam tubuh badan dengan proses autofagi, meningkatkan fungsi kognitif, dan boleh meningkatkan tumpuan juga tenaga.
Menu Diet Intermittent Fasting
Cara diet intermittent fasting untuk pemula yang saya sarankan adalah dengan memilih jadual intermittent fasting yang anda ingin lakukan, kombinasikan dengan IF warrior diet.
Iaitu memfokuskan kepada pengambilan makanan yang sihat, seimbang, dan cukup makronutrient.
Anda boleh melihat koleksi resepi diet sihat yang saya kongsikan di blog ini.
Anda juga boleh download buku ebook secara percuma untuk dapatkan menu pemakanan sihat selama 5 hari.
Saya berharap blog post ini telah menjawab persoalan anda, “apa itu intermittent fasting?”. Sekiranya anda merasa artikel yang dr nad kongsikan ini memberi manfaat kepada anda. Apa kata anda kongsikan artikel ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda.
Dan jika anda mendapat manfaat juga telah mencuba diet intermittent fasting ini, apa kata kongsikan pengalaman intermittent fasting anda dengan meninggalkan komen di bawah artikel ini.
Recent Comments