7 Cara Minum Air Untuk Kurus.

Jangan terkejut jika minum air untuk kurus ini memang berkesan. Air ini sangat senang didapatkan, malah ianya rendah kalori dan percuma! Bestkan? Air yang saya maksudkan adalah air putih.

Namun, masalah yang sering saya dapatkan daripada peserta saya adalah bagaimana cara supaya suka minum air dan nak cukupkan minum air putih. Ada yang sebelum ini memang jarang minum air putih disebabkan rasa air itu. Oleh itu, saya nak kongsikan 7 cara tips minum air putih.

Adakah anda tahu bahawa tubuh badan kita mempunyai lebih kurang 70% kandungan air. Badan kita sangat memerlukan air untuk peredaran darah, membuang toksik dalam badan, menghalang terjadinya konstipasi, membantu kita merasa sihat dan juga untuk kehidupan. (1)

Apa Yang Anda Perlu Tahu Minum Air Untuk Kurus?

1. Berapa Banyak Air Putih Yang Perlu Diminum Dalam Sehari?

2. Apakah Manfaat Minum Air Putih?

3. Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Minum Air?

4. Kesan Dan Tanda Kurang Minum Air

5. 7 Tips Cara Supaya Suka Minum Air Putih

6. Resepi Air Detox

RELATED POSTS

Cara Diet Yang Betul – Nak Makan Apa?

7 Cara Nak Kuruskan Badan – Ketahui Apa itu Kalori Defisit

27 Cara Nak Kempiskan Perut Buncit

Penafian: Beberapa link yang terdapat di dalam blog ini mengandungi affilate links, saya mungkin mendapat komisyen sekiranya anda menekan link tersebut, TANPA SEBARANG KOS TAMBAHAN kepada anda. Saya berharap dengan membaca blog ini anda mendapat banyak manfaat. Terima kasih!

Get New Recipes and Latest Info on Weight Management

* indicates required

Berapa banyak air putih yang perlu diminum dalam sehari?

Biasa kita dengar adalah minum 8 gelas sehari bukan? Namun secara ilmiahnya belum terbukti dengan minum air putih 8 gelas sehari sudah mencukupi keperluan air harian.

Rupanya berapa banyak air putih yang perlu kita minum adalah mengikut umur, jantina, kegiatan harian yang dilakukan, kehamilan dan juga menyusukan bayi. (2)

Menurut cadangan IOM, lelaki dewasa hendaklah minum air putih sebanyak 3 liter sehari iaitu lebih kurang 13 cawan. Manakala wanita dewasa pula sebanyak 2.6 liter sehari bersamaan 9 cawan . Jika wanita itu sedang hamil maupun masih menyusukan anak disarankan mengambil 10 cawan air putih dalam sehari. (2)

Mereka yang aktif dalam aktiviti seharian sebagai contoh melakukan senaman perlu minum air putih lebih kurang 500 mls, dua ke tiga jam sebelum melakukan aktiviti senaman. Selepas bersenam pula hendaklah minum air putih lebih kurang 8 cawan.

Apakah manfaat minum air putih?

Beberapa penyelidikan telah membuktikan bahawa dengan minum air putih memberi banyak manfaat kepada tubuh badan kita :

  • Membantu meningkatkan prestasi fizikal – Badan akan mula merasa dehidrasi apabila kita kehilangan 2% daripada keperluan harian air. Adalah biasa bagi para atlet kehilangan 6% hingga 8% air melalui peluh setelag melakukan senaman, namun kehilangan air yang lebih daripada 8% akan menyebabkan rasa keletihan pada fisikal dan mental sehingga boleh menganggu prestasi. (3, 4, 5)
  • Meningkatkan tahap tenaga dan fungsi otak – Beberapa penelitian yang dilakukan terhadap kanak-kanak dan orang dewasa, kehilangan air 1% hingga 3% daripada berat badan boleh menyebabkan gangguan pada memori, mood dan prestasi otak (6, 7, 8, 9, 10, 11)
  • Membantu melegakan sembelit – Minum air kurang adalah merupakan antara faktor risiko yang menyebabkan kita mudah mendapat sembelit. Dengan minum air yang banyak dan mencukupi, terutama air mineral yang mengandungi kandungan magnesium dan sodium membantu dalam meningkatkan frekuensi dan konsistensi pergerakan usus terutama pada mereka yang mempunyai masalah sembelit. (12, 13, 14, 15)
  • Membantu menurunkan berat badan – Ternyata dengan minum air putih untuk kurus, membantu dalam pembakaran kalori terutama ketika berehat. Pada orang dewasa dengan minum air putih lebih 1 liter akan membakar 24-30% lebih kalori dalam masa 10 minit. Pada kanak-kanak pula meningkat sehingga 25%. Malah dengan hidrasi lebih 1-1.5 liter setiap hari membantu dalam menurunkan BMI, saiz pinggang, lemak badan dan juga penurunan berat badan yang ketara. (16, 17, 18, 19)
Calculate your optimal calories
Step 1: Basic Information
Imperial
Metric
years
Step 2: Activity Level
Step 3: Select your goal

Bilakah waktu yang sesuai untuk minum air?

  • Pada waktu pagi – Memulakan hari anda dengan minum air putih secukupnya membantu dalam meningkatkan tahap tenaga, fungsi otak dan membaiki mood juga konsentrasi. (20, 21, 22, 23)
  • Sebelum dan selepas melakukan senaman – Apabila melakukan senaman, kita akan kehilangan air elektrolit melalui peluh. Oleh itu, penting untuk menghidrasi badan dengan baik agar dapat mengoptimakan prestasi dan pemulihan badan. (26, 27)

Kesan dan tanda kurang minum air

  • Mulut dan tekak merasa kering
  • Bingung atau fikiran kurang jelas
  • Perubahan mood
  • Rasa panas
  • Konstipasi
  • Kencing tak lawas
  • Batu karang

7 Tips cara supaya suka minum air putih

  1. Ketahui keperluan harian air anda

Berat badan anda x 0.033 sebagai contoh berat badan 62 x 0.033, perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air putih dalam sehari.

2. Tetapkan matlamat harian untuk minum air.

Setelah anda mengetahui berapa jumlah air putih yang perlu diminum, bahagikan dalam beberapa mls dan cukupkan keperluan harian anda. Boleh juga guna apps untuk ingatkan atau track keperluan air anda.

3. Beli botol air yang comel dan mudah dibawa

Beli botol air yang comel dan mudah dibawa boleh memberikan motivasi untuk minum air putih. Ia juga boleh membantu mengingatkan kita untuk meminum air putih

Boleh dapatkan botol air comel ini disini

4. Minum air sebelum makan

Beberapa penelitian membuktikan dengan minum air 500 mls sebelum mula makan, membantu mengurangkan pengambilan makanan sekaligus pengambilan kalori. Ini membantu untuk terjadi kalori defisit dan untuk proses penurunan berat badan. (24, 25)

5. Perasakan air anda

Jika anda kurang suka dengan rasa air putih, anda boleh menggunakan infuse water bottle seperti gambar di bawah untuk perasakan air minuman anda.

Boleh dapatkan infused bottle ini di sini

Cara perasakan air minuman anda adalah dengan menambah buah-buahan seperti timun-limau, lemon-mint, strawberry-kiwi. Buah-buahan ini dipotong dan letakkan di dalam infuser kemudian campurkan dengan air putih anda.

Saran saya, jangan hancurkan atau kisar buah-buahan ini untuk dijadikan jus. Jika hanya dipotong dan campur pada air, maka kalori air yang diminum adalah sangat rendah dan minum air ini boleh bantu anda untuk kurus.

6. Makan makanan yang mengandung kandungan air yang tinggi

nak diet makan apa

Buah-buahan dan sayuran yang mempunyai kandungan air yang tinggi adalah:

  • Selada : 96% air
  • Saderi : 95% air
  • Zucchini : 95% air
  • Kobis : 92% air
  • Tembikai :91% air
  • Cantaloupe : 90% air
  • Tembikai susu: 90% air

Selain daripada itu, sayur-sayuran dan buah-buahan juga mengandungi kandungan fiber dan mikronutrien.

7. Kopi dan teh

Kopi dan teh mempunyai kandungan kafein. Selain boleh membantu meningkatkan metabolisma badan, ia juga boleh bertindak sebagai diuretik. (26)

Walau bagaimanapun, minum kopi dan teh dalam sederhana membantu dalam hidrasi dan juga meningkatkan metabolisma.

Kafein boleh menyebabkan dehidrasi jika mengambil lebih 250-300mg, lebih kurang dua ke tiga cawan kopi atau lima ke lapan teh. (27)

Get New Recipes and Latest Info on Weight Management

* indicates required

Resipi air detox

Air detox atau air perasa ini adalah air putih yang dirasakan dengan buah-buahan, sayuran atau herba. Bagi mereka yang kurang gemar minum air kosong, membuat air detox atau air perasa ini sangat membantu untuk hidrasi badan. Tambahan lagi kalorinya yang sangat rendah membantu dalam proses nak kurus.

Cara membuatnya sangat mudah. Hanya perlu memilih pilihan kombinasi antara buah-buahan dan sayuran herba. Potongkan dan bancuh dengan air panas atau air sejuk.

Jika suka minum sejuk macam saya, biarkan air detox ini di dalam peti sejuk 1 hingga ke 2 jam baru. Jangan lupa untuk buang bahan-bahan ini setelah beberapa jam kerana mudah rosak dan akan menganggu rasa air detox ini nanti.

Beberapa kombinasi popular untuk membuat air detox ini adalah:

  • Timun dan mint
  • Lemon dan halia
  • Blackberry dan oren
  • Lemon dan cayenne pepper
  • Tembikai dan mint
  • Grapefruit dan rosemary
  • Oren dan lemon
  • Lemon dan lime
  • Strawberry dan basil
  • Apple dan cinnamon
air detox

Ketahui bagaimana anda boleh hilang 2 hingga 10 kilogram dalam masa sebulan dengan klik link ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

About Me

Hi, I’m Dr. Nadiah Nazri—a doctor and healthy lifestyle coach passionate about helping women lose 2-10kg a month while still enjoying delicious Asian-fusion meals. I’ve been through my own weight loss journey (28kg!) and know how tough it can be. Let’s work together to get you healthy, happy, and confident. .

Follow Me

Popular Articles

Newsletter

Subscribe For More!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Healthy Recipe

See More

Categories

Social media

Edit Template

© 2022 | Dr Nadiah Nazri