Hello! Penyanyi Adele kurus hingga hilang 45kg, rupanya ini rahsia beliau.

Hello! Penyanyi Adele kurus hingga hilang 45kg, rupanya ini rahsia beliau.

Saya memang suka dengan penyanyi Adele, dan apabila beliau berjaya kurus sampai hilang berat badan sampai 45kg dalam masa 2 tahun, memang hebat. Tambahan lagi, suara beliau memang sedap didengar. Paling saya ingat adalah suara dia menyanyikan lagu tema untuk james bond. Ikonik sungguh!

Jadi apa yang Adele lakukan untuk turunkan berat badan ini? Dan sesuai ke kalau kita ikut cara Adele kuruskan badan?

Pertama sekali, bagi saya perjalanan Adele menuju ke berat badan beliau yang sihat dalam masa 2 tahun memang sesuai. Saya yakin Adele sudah menjadikannya sebagai gaya hidup. Yang penting dalam apa-apapun cara diet yang anda pilih, kalori defisit adalah kunci utama kejayaan untuk turunkan berat badan.

Dunia dikejutkan dengan posting instagram Adele pada hari ulang tahunnya yang ke-33. Dan masih ramai yang masih memperkatakan mengenai bagaimana Adele kurus dan hilang 45kg! Satu jumlah yang agak besar dalam masa dua tahun. Saya yakin dan percaya anda juga boleh lakukannya.

Baik, jom kita kupaskan 3 strategi yang diguna oleh Adele sehingga beliau berjaya kurus.

  1. Set minda dan sayangi diri

Banyak spekulasi yang mengatakan Adele mula kuruskan badan setelah bercerai dengan suami beliau dan ingin membalas dendam dengan menjadi kurus. Namun berdasarkan temu bual pada rancangan Oprah Winfrey, Adele sebenarnya mempunyai masalah kebimbangan setelah penceraian.

Adele kemudian mencari jalan untuk mengalihkan perhatian daripada terus berada dalam masalah mental yang beliau hadapi. Beliau juga tidak berkongsi dengan para peminatnya mengenai perjalanan beliau menurunkan berat badan kerana beliau melakukannya untuk dirinya dan bukan untuk orang lain.

Adele juga lebih bahagia dan menyukai gaya hidup sihat yang beliau pilih. (1)

“Dengan bersenam, saya merasa lebih baik. Bukan sekadar turun berat badan semata-mata, dengan menjadi lebih kuat dan menumpukan perhatian pada diri saya tanpa handphone. Membuatkan saya ketagih.”

Adele

Dengan set minda yang positif juga membuat pilihan makanan yang lebih baik sangat membantu proses anda untuk turunkan berat badan. (2, 3)

2. Bersenam

Adele juga kongsikan rutin senaman yang beliau lakukan yang membantu beliau kurus. (1, 4)

  • Pagi – Angkat Berat
  • Tengahari – Hiking atau boxing
  • Malam – Kardio

Apa yang cuba Adele lakukan adalah membina otot dengan melakukan senaman ini. Namun bagi mereka yang sibuk untuk meniru cara Adele mungkin adalah sukar kerana kekangan waktu.

Dengan membina otot, pembakaran kalori juga boleh terjadi pada saat kita beristirehat. (5, 6) Namun jika kita melakukan crash diet, apa yang terjadi adalah kita kehilangan otot. Tahukah anda otot membakar 13kcals/kg. Dengan kehilangan otot keboleh mampuan untuk membakar kalori dan metabolisma badan juga akan menurun.

Tapi adakah hanya dengan melakukan senaman sahaja baru kita boleh membina otot?

Pada pengalaman saya membantu peserta saya turunkan berat badan dan juga beberapa penelitian yang dilakukan, dengan fokus kepada makanan diet sihat lebih mudah dilakukan daripada senaman sahaja. Makanan yang tinggi protein juga membantu dalam membina otot (7, 8)

3. Diet sirtfood

Diet sirtfood diperkenalkan oleh UFC champion Connor McGregor dan Pippa Middleton. Dikatakan dengan melakukan diet sirtfood ini akan mengaktifkan “gen kurus”.

Penyelidikan yang dilakukan pada diet sirtfood ini adalah berdasarkan tujuh jenis protein yang terkandung pada sirtuins. Ia dikatakan membantu dalam banyak fungsi badan, seperti memperpanjang jangka hayat, keradangan dan metabolisma. (1)

Ada beberapa jenis tumbuh-tumbuhan dan makanan yang harus ada dalam diet sirtfood ini (2)

  • Kale
  • Wain merah
  • Strawberries
  • Bawang
  • Soy
  • Parsley
  • Extra virgin oil
  • Dark cocoa (85%)
  • Matcha green tea
  • Buckwheat
  • Kunyit
  • Walnuts
  • Arugula (rocket)
  • Cili padi
  • Kurma medjool
  • Chicory merah
  • Blueberries
  • Kaper
  • Kopi

Untuk berjaya melakukan diet sirtfood, perlu dua hal ini iaitu makanan yang harus ada dalam diet sirtfood dan melakukan kalori defisit.

Cara melakukan diet sirtfood adalah dengan melakukan diet ketat selama 21 hari. Pada minggu pertama, minum banyak jus hijau diet sirtfood dan hanya makan 1000 kcal sehari dalam masa 3 hari. Pilihan makanan pula adalah dengan makan makanan resipi diet sirtfood.

Contoh menu diet sirtfood adalah miso-glazed tofu, the sirtfood omelet, udang kilas goreng dengan buckwheat.

Hari ke 4 hingga hari ke 7 pula, minum tiga kali sehari jus hijau sirtfood dan kalori intake adalah 1500kcal/hari. Pilihan makanan juga sama hanya boleh makan resipi-resipi yang menggunakan bahan-bahan yang dicadangkan oleh diet sirtfood.

Diet sirtfood dilakukan dalam masa tiga minggu. Minggu kedua dan minggu ketiga adalah minggu ‘maintenance’ di mana kalori per hari tidak ditetapkan namun harus makan pilihan resipi makanan diet sirtfood dan juga segelas jus hijau diet ini.

Resipi jus hijau diet sirtfood

  • 75 gram kale
  • 30-gram arugula (rocket)
  • 5 gram parsley
  • 2 batang saderi
  • 1 cm halia
  • Setengah potong epal hijau
  • Setengah potong lemon
  • Separuh sudu serbuk matcha teh hijau

Blendkan kesemua bahan kecuali serbuk matcha dan lemon. Lemon diperah dan serbuk matcha diletak setelah jus hijau diet sirtfood siap.

Oleh kerana untuk melakukan diet sirtfood ini perlu banyak minum air jus hijau, ianya bagus kerana mengandungi mineral dan vitamin yang diperlukan oleh badan. Namun jus hijau ini juga mengandungi gula dan kurang fiber tidak seperti jika memakannya seperti biasa tanpa di kisar. (9)

Minum jus sepanjang hari boleh menganggu gula dalam darah dan juga boleh menyebabkan kerosakan pada gigi. (10)

Diet sirtfood tidak terlalu dicadangkan kerana kalori defisit yang agak ekstrem. Ia seharusnya dilakukan di bawah pantauan doktor dan pakar pemakanan. Namun jika tinggi anda di bawah 150cm, bagi pendapat saya diet sirtfood ini mungkin sesuai untuk anda lakukan kerana kalori defisit untuk mereka yang mempunyai ketinggian yang agak rendah adalah sesuai.

Boleh cuba kalkulator di bawah, untuk mengetahui kalori intake dan berapa kalori defisit yang perlu anda lakukan untuk turunkan berat badan.

Calculate your optimal calories
Step 1: Basic Information
Imperial
Metric
years
Step 2: Activity Level
Step 3: Select your goal

Jika melakukan kalori defisit yang terlalu rendah, hati-hati. Apabila badan kekurangan tenaga, badan akan menggunakan tenaga simpanan iaitu glikogen, selain pembakaran lemak dan otot.

Setiap molekul glikogen mempunyai kandungan 3-4 air didalamnya. Apabila badan menggunakan glikogen, ‘berat air’ juga akan berkurang.

Pada minggu pertama melakukan diet ekstrem (crash diet), apa yang berlaku adalah berat badan kehilangan 1/3 lemak dan 2/3 adalah daripada air, otot dan glikogen. (11, 12)

Sebaik sahaja, kita mengambil balik kalori, pertama sekali badan akan menyimpan tenaga dalam bentuk glikogen terlebih dahulu, sehingga lebih cepat berat akan naik kembali.

Bukan itu sahaja, apa yang terjadi juga adalah kerana pengambilan diet yang terlalu kalori defisit akan menyebabkan metabolisma badan juga berkurang. Akhirnya, keperluan kalori harian juga akan berkurang.(11, 13)

Ini sangat merugikan bagi saya, bermaksud anda makan lagi kurang daripada sebelum melakukan diet ekstrem. Oleh kerana itu, bagi mereka yang pernah melakukan crash diet akan hairan kenapa sebelum ini, mereka berjaya turunkan berat badan dengan mudah dan apabila melakukannya sekali lagi ianya tidak berkesan.

Adalah sangat penting mempunyai ilmu yang betul, coach yang berpengalaman dan tahu nak makan apa untuk diet.

Melakukan kalori defisit yang ekstrem juga boleh menyebabkan rasa lapar yang melampau, cepat penat, emosi senang terganggu dan mudah pening.

Kalau anda bertanya, boleh tak saya melakukan diet sirtfood ini. Pendapat saya kalau anda mempunyai ketinggian di bawah 150cm mungkin sesuai. Sekiranya anda ingin bertanya lanjut, boleh hubungi saya di contact ya. InsyaAllah, saya akan cuba membantu anda.

Jika anda ingin mengetahui bagaimana saya membantu ramai peserta hilang 2 hingga 10kg dalam masa sebulan melalui flexible dieting. Boleh klik di sini.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *