Saya nak kongsikan resepi ayam balado yang merupakan makanan kegemaran saya dan suami. Resepi ayam balado padang ini saya pelajari dari ibu kos (tuan rumah) sewaktu saya belajar di Universitas Hasanuddin, Makassar.
Resepi ayam balado Indonesia ini memang antara masakan yang tidak asing baik di Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei. Cara masak resepi ayam balado ini sudah semestinya apa pelbagai.
Tapi kali ni dr Nad nak kongsikan resepi ayam balado simple yang rendah kalori. Kalori resepi ayam balado ini adalah 233 kcal untuk 1 saiz hidangan.
Siapa kata nak sihat, atau tengah diet kena makan makanan yang tak tawar dan tak sedap? Sebenarnya yang penting kena tahu macam mana nak pilih makanan yang cukup makronutrien dan macam mana nak lakukan kalori defisit.
Penafian: Beberapa link yang terdapat di dalam blog ini mengandungi affilate links, saya mungkin mendapat komisyen sekiranya anda menekan link tersebut, TANPA SEBARANG KOS TAMBAHAN kepada anda. Saya berharap dengan membaca blog ini anda mendapat banyak manfaat. Terima kasih!
Rekomendasi Produk
Variasi Bahan Resepi Ayam Balado
Protein – Protein yang saya gunakan dalam resepi ayam masak balado ini adalah setengah ekor ayam.
Tapi selalunya saya suka gunakan bahagian dada ayam, dipotong dadu. Kandungan protein paling banyak pada dada ayam berbanding bahagian ayam yang lain dan kandungan lemak pada bahagian dada ayam juga lebih rendah.
Sebab itu, kalau kita tengok bila orang berkongsi makanan sihat atau ahli sukan, ahli bina badan kongsikan makanan mereka, mereka akan makan bahagian dada ayam.
Protein ini penting bagi mereka yang nak kuruskan badan, membina otot, dan mulakan gaya hidup sihat. Ini kerana protein membantu menurunkan rasa craving, meningkatkan metabolisma, dan memberi rasa kenyang yang lebih lama.
Sambal – Nak sihat dan nak kuruskan badan, baik buat sambal sendiri. Saya gunakan bawang merah, bawang putih, cili kering, cili merah besar, cili padi, tomato untuk buat sambal ini.
Kalau nak buat resepi ayam balado hijau hanya perlu tukar ke cili hijau dan tomato hijau untuk dapatkan warna sambal hijau. Langkah dan cara penyediaan sambal untuk resepi ini sama sahaja.
Tak tahu kenapa kalau lenyek sambal tu dekat lesung batu lagi sedap berbanding blender. Tapi kalau tak ada masa macam saya, blend je. Bagi saya tetap sedap cuma suami kata lebih sedap kalau lenyek sambal dekat lesung batu.
Kalau anda macam mana? Pakai blend ke lesung batu? Ada beza ke dari segi rasanya? Kalau saya mungkin sebab tekstur sambal tu yang memainkan peranan.
Kalau anda sukakan resepi ayam balado, boleh cuba juga resepi ayam percik dan resepi sambal telur.
Sayuran – Saya pastikan dalam setiap hidangan yang saya dan keluarga saya makan pasti ada sayur-sayuran.
Sayur-sayuran ini mempunyai kandungan air yang tinggi, tinggi fiber, dan juga mikronutrien. Sayur-sayuran juga baik untuk usus kita dan membantu membiak bakteria baik dalam sistem pencernaan kita.
Antara sayur-sayuran yang sesuai untuk dimakan bersama ayam balado adalah lettuce, timun, dan sayur ulam-ulaman.
Cara Masak Resepi Ayam Balado
Resepi Ayam Balado
Ingredients
- 5 ulas bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 2 biji cili kering*
- 3 biji cili merah besar*
- 5-10 biji cili padi
- 1 tbsp olive oil
- 1/4 tsp garam
- 1/2 tsp mushroom seasoning
- 1 tbsp kicap manis
- 2 keping daun limau purut
- 500 gram ayam
- 50-100 mls kuah rebusan ayam
Instructions
- Rebus ayam hingga masak, angkat ayam dan asingkan dengan kuahnya. Kuah rebusan ayam ini yang akan kita gunakan balik dalam resepi ayam balado ini nanti.
- Campurkan semua bahan yang bertanda * boleh kisar dengan menggunakan blender atau tumbuk dengan lesung batu, sesuai selera.
- Panaskan olive oil. (Beli dan guna yang untuk memasak) masukkan sambal yang telah dikisar/ditumbuk, tumis hingga wangi dan pecah minyak.
- Optional: Boleh terus masukkan ayam yang telah direbus ke dalam sambal yang tengah masak atau ayam rebusan tadi digoreng sekejap untuk bagi ayam tu pejal dan warna keemasan.
- Bila sambal dah pecah minyak, boleh masukkan ayam, lepas itu masukkan air rebusan ayam, masak sehingga meresap.
- Tambahkan kicap manis, masak dan ratakan sehingga mendidih.
- Masukkan mushroom seasoning, garam, kemudian aduk sehingga rata.
- Sajikan.
Tips Resepi Ayam Balado
Semasa menumis sambal, kena kerap kacau supaya cili tak hangus dan warna sambal tidak bertukar perang.
Sebaiknya jangan makan makanan yang hangus kerana ini boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit kanser.
Anda boleh rasa masakan ini, kalau kurang rasa boleh adjust tapi anggaran kalori akan lari. Untuk resepi ayam balado padang ini memang saya tak letak gula sebab tomato dan kicap manis dah memberi rasa manis pada masakan ini.
Kalau nak letak gula, boleh gunakan gula coconut organik dr rizal ini. Tapi dalam 1/4 tsp saja ya. Untuk seasoning, ini mushroom seasoning yang saya gunakan dalam resepi ayam balado Indonesia.
FAQs Resepi Ayam Balado
Berapa Kalori Resepi Ayam Balado?
Kalori resepi ayam balado untuk satu hidangan adalah 233kcal.
Bolehkah Makan Ayam Goreng Saat Diet?
Boleh, makan ayam goreng saat diet tapi makan secara berhemah ya. Kalau makan berlebihan boleh menyebabkan kalori surplus dan meningkatkan risiko naik berat badan nanti. Kalori ayam goreng 246kcal. Kalau nak kurangkan kalori boleh cuba goreng ayam gunakan air fyer.
Bolehkah Makan Ayam Goreng Dalam Pantang?
Boleh makan ayam goreng dalam pantang. Takda masalah. Pastikan juga makan tu cukup makronutrien untuk menggantikan tenaga dan juga membantu fungsi badan bekerja dengan baik. Makan dalam kuantiti yang sederhana kerana makan berlebihan boleh menyebabkan kalori berlebihan dan risiko berat badan naik nanti.
Bolehkah Makan Ayam Ketika Berpantang?
Boleh makan ayam ketika berpantang. Sebenarnya takda pantang nak makan apa ketika berpantang. Cuma waktu berpantang dan selepas berpantang pun, pastikan makan makanan yang seimbang, bernutrisi, cukup makronutrien agar badan dapat berkerja dengan optima.
Bagaimana Nak Menyimpan Ayam Balado Yang Berlebihan?
Sekiranya masak lebih, boleh simpan ayam balado dalam bekas makanan yang kedap udara dan simpan terus dalam peti sejuk. Makanan ini boleh tahan sampai 5 hari. Nak panaskan, masukkan dalam microwave atau panaskan terus atas kuali.
Sebenarnya tak susah pun nak makan makanan sihat. Bahan-bahan masakan yang digunakan dan cara penyediaan makanan adalah antara cara nak kuruskan badan yang dipandang remeh oleh masyarakat.
Penting juga tahu bagaimana nak ambil makanan berdasarkan saiz portion makanan yang betul juga banyakkan minum air putih mengikut keperluan badan.
Memahami apa itu keperluan kalori harian dan juga bagaimana nak melakukan kalori defisit boleh membantu mereka yang mencari-cari cara nak kuruskan badan dengan cepat.
Saya berharap anda akan mencuba resepi ayam masak balado ini, dan kalau anda sudah mencuba bolehlah tinggalkan komen di bawah.
Sekiranya perkongsian artikel ini memberi manfaat kepada anda, bolehlah menyokong saya dengan kongsikan artikel ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda.