Nasi Goreng Kimchi – [Resipi tanpa Gochujang – sihat dan mudah]

Nasi Goreng Kimchi – [Resipi tanpa Gochujang – sihat dan mudah]

Kebelakangan ini, selalu sangat nampak influencer makan nasi goreng kimchi dekat ig story, waktu dorang pergi ke korea. Seronok tengok, rasa macam ikut sekali pergi. Terliur tengok mereka makan nasi goreng korea tu, rasa nak buat resipi nasi goreng kimchi tapi versi sihat dan diet (cukup makronutrien dan mikronutrien) dan rendah kalori 🤤

Kalori nasi goreng kimchi ini hanya 295kcal sahaja. Sangat sesuai bagi mereka yang tengah diet dan nak kuruskan badan.

Jadi, kali ini dr nad nak kongsikan cara masak nasi goreng kimchi simple tanpa gochujang. Tapi apa-apapun dr nad pastikan cukup makronutrien, rendah kalori supaya boleh buat kalori defisit dan boleh urus berat badan.

Nak tahu berapa kalori harian yang anda perlukan untuk menguruskan berat badan, boleh gunakan kalkulator di bawah.

Calculate your optimal calories
Step 1: Basic Information
Imperial
Metric
years
Step 2: Activity Level
Step 3: Select your goal

Pengawalan saiz portion makanan juga sangat membantu apabila kita sedang diet. Sebelum saya kongsikan cara buat nasi goreng kimchi, saya nak kongsikan 4 manfaat kimchi dalam membantu proses penurunan berat badan atau diet anda.

1. Padat Dengan Nutrien

2. Mengandungi Probiotik

3. Boleh Menguatkan Sistem Imun Anda

4. Boleh Membantu Menurunkan Berat Badan

Penafian: Beberapa link yang terdapat di dalam blog ini mengandungi affilate links, saya mungkin mendapat komisyen sekiranya anda menekan link tersebut, TANPA SEBARANG KOS TAMBAHAN kepada anda. Saya berharap dengan membaca blog ini anda mendapat banyak manfaat. Terima kasih!

Pemilihan kimchi yang tepat juga penting dalam nak memasak nasi goreng kimchi resepi ini, sebab di pasaran banyak sangat kimchi dan setiap kimchi tu boleh berbeza rasa dan juga kalori kimchi itu juga.

Jika anda nak mencuba nasi goreng gochujang, mungkin anda berminat dengan tuna kimchi fried rice ini.

Jump to Recipe
  1. Padat dengan nutrien

Kimchi padat dengan nutrien dan mempunyai kandungan kalori yang rendah.

Salah satu pilihan utama sayuran untuk dijadikan kimchi adalah kubis cina; kubis cina kaya dengan vitamin A dan C, mempunyai sekurang-kurangnya 10 jenis mineral yang berbeza, dan 34 jenis amino acids. (1)

Oleh kerana kimchi mempunyai kandungan nutrien yang mungkin sedikit berbeza kerana cara penyediaanya yang mungkin ada perbezaan. Namun, secara purata 150gram kimchi mengandungi kira-kira (2) :

  • Kalori kimchi: 23kcal
  • Karbohidrat : 4gram
  • Protein : 2gram
  • Lemak : < 1 gram
  • Fiber : 2 gram
  • Sodium : 747mg
  • Vitamin B6 : 19% of Daily Value
  • Vitamin C : 22% of DV
  • Vitamin K : 55% of DV
  • Folate : 20% of DV
  • Iron : 21% of DV
  • Niacin : 10% of DV
  • Riboflavin : 24% of DV

Kebanyakan sayuran hijau adalah sumber vitamin K dan riboflavin. Dan pembuatan kimchi banyak menggunakan sayuran hijau ini, antara lain seperti saderi, bayam, dan daun bawang.

Vitamin K memainkan banyak peranan penting dalam fungsi badan seperti metabolisma tulang dan pembekuan darah, manakala riboflavin membantu mengawal penghasilan tenaga, pertumbuhan selular dan metabolisma. (3, 4).

Tambahan pula, proses penapaian boleh menghasilkan nutrien tambahan yang lebih mudah diserap oleh badan anda. (5, 6 ,7)

2. Mengandungi probiotik

Proses penapaian lacto oleh bakteria Lactobacillus yang dilalui kimchi menjadikannya sangat unik. Ia bukan sahaja memperpanjangkan jangka hayat yang lebih lama, tetapi juga aroma dan rasa masam kimchi. (8)

Apabila diambil sebagai makanan tambahan, bakteria ini memberikan beberapa manfaat kepada badan. Antaranya sebagai rawatan untuk demam hay dan cirit birit. (9, 10, 11, 12)

Penapaian juga mengadakan persekitaran yang baik untuk bakteria baik hidup dan berganda. Ini termasuk bakteria probiotik, mikroorganisma hidup yang memberikan manfaat kesihatan pada sistem pencernaan apabila dimakan dengan jumlah yang besar. (13, 14)

Malah beberapa penelitian juga mengaitkan kebaikannya dalam pencegahan dan rawatan untuk beberapa keadaan; seperti:

  • Jenis kanser tertentu (15, 16, 17)
  • Selesma (18)
  • Sembelit (19)
  • Kesihatan sistem pencernaan (8, 20, 21, 22, 23)
  • Kesihatan jantung (24)
  • Kesihatan mental (25)
  • Kulit (26, 27, 28, 29)

Perlu diingatkan bahawa kebanyakan penemuan ini berkaitan dengan suplemen probiotik dos tinggi dan bukan jumlah yang terdapat dalam hidangan kimchi biasa saja.

Tidak dinafikan kimchi mempunyai probiotik yang memberi manfaat kepada manusia. Namun begitu, lebih banyak kajian tentang khusus probiotik daripada makanan yang ditapai diperlukan. (9, 30, 31)

Get New Recipes and Latest Info on Weight Management

* indicates required

3. Boleh menguatkan sistem imun anda

Bakteria Lactobacillus yang berada di dalam kimchi boleh membantu menguatkan sistem imun anda. Lactobacillus membantu menurunkan tahap penanda radang tumor necrosis factor (TNF alpha). (32)

Paras tahap TNF alpha selalu meningkat apabila terjadinya jangkitan atau penyakit, penurunan bermaksud sistem imun berfungsi dengan cekap. (33, 34)

Namun, masih banyak penelitian perlu dilakukan kepada manusia.

4. Boleh membantu menurunkan berat badan

Kimchi segar dan ditapai kedua-duanya rendah kalori dan membantu dalam proses penurunan berat badan. (35)

Kajian selama empat minggu terhadap 22 orang yang mempunyai berat badan berlebihan mendapati bahawa dengan memakan kimchi segar atau yang ditapai membantu mengurangkan berat badan, indeks jisim badan (BMI) dan lemak badan. Selain itu, kimchi yang ditapai dapat membantu menurunkan paras gula darah. (36)

Mereka yang memakan kimchi yang ditapai juga menunjukkan penurunan kadar peratusan lemak badan dan tekanan darah berbanding mereka yang memakannya segar. (36)

Namun jenis dan komponen nutrien manakah yang membantu proses penurunan berat badan ini masih belum jelas. Mungkin juga kerana kandungannya yang rendah kalori, tinggi serat dan juga komponen probiotik.

Get New Recipes and Latest Info on Weight Mangement

* indicates required

Cara Membuat Nasi Goreng Kimchi

Step 1: Panaskan kuali dan setting api ke medium heat, masukkan olive oil dan kemudian masukkan dada ayam yang dipotong cincang. Kalau nak gunakan bahagian ayam yang lain pun boleh. Ataupun nak gantikan ayam dengan daging macam resepi nasi goreng kimchi khairul aming buat pun boleh juga.

nasi goreng kimchi

Step 2: Setelah dada ayam berubah warna, dan masak seketika letak bawang putih yang dah dicincang. Macam saya, saya akan meal prep makanan terlebih dahulu jadi kalau nak masak senang je campak. Lagipun bawang putih ni memang sedap dan wangi. Kacau jangan lama nanti hangus, pahit nanti rasa kurang sedap

nasi goreng kimchi (2)

Step 3: Step ini untuk mereka yang takda masa macam saya nak cepat boleh je tukar jadi scrambled egg masukkan je ke dada ayam tu sebab resipi nasi goreng korea ini memang tak lengkap kalau takda telur kan. Tapi kalau rajin boleh skip step ini dan goreng telur mata kerbau.

nasi goreng kimchi (3)

Step 4: Masukkan nasi yang sudah semalam. Memang lagi sedap kalau nasi yang dah bermalam ni lagipun rendah GI. Kalau takda nasi yang sudah bermalam, boleh je masak nasi baru tapi biarkan nasi tu sejuk seketika ya sebelum masak.

nasi goreng kimchi (4)

Step 5: Terakhir, boleh masukkan kimchi ke nasi. Nasi kimchi ni kalau taknak letak gochujang pun dah sedap sangat. Tapi kalau suka gochujang boleh je nak letak, jadilah resepi nasi goreng gochujang.

nasi goreng kimchi (5)

Cara Masak Nasi Goreng Kimchi Tanpa Gochujang

resepi nasi goreng kimchi
Print
5 from 1 vote

Resepi Nasi Goreng Kimchi tanpa gochujang

Resepi Nasi Goreng Kimchi senang dan rendah kalori untuk orang yang nak kuruskan badan tapi nak makan sedap.
Prep Time6 minutes
Active Time10 minutes
0 minutes
Total Time16 minutes
Course: Main Course
Cuisine: Asian
Keyword: Nasi goreng kimchi, Resipi mudah nasi goreng kimchi, Resipi nasi goreng kimchi tanpa gochujang
Yield: 1 orang
Calories: 295kcal
Cost: RM20

Equipment

  • 1 Kuali

Materials

  • 3 ulas bawang putih
  • 50 gram dada ayam
  • 100 gram kimchi
  • 1 keping seaweed optional
  • 1 biji telur optional
  • 2 senduk nasi semalaman
  • 2 sudu kecil olive oil

Instructions

  • Panaskan kuali dan letak 2 sudu kecil olive oil.
  • Pecahkan telur sebiji dan goreng separuh masak. Setelah masak, boleh masak dan letakkan di tepi untuk dihidangkan kemudian. (Ini adalah optional, penambahan telur akan meningkatkan kalori)
  • Baki minyak yang dipakai, masukkan bawang putih yang sudah dicincang
  • Kemudian gorengkan dada ayam sehingga hampir masak
  • Masukkan kimchi dan sedikit jus kimchi. Kacau seketika
    kimchi
  • Masukkan nasi putih semalaman dan goreng dengan sekata.
    goreng nasi

Jika ingin gunakan kimchi dan seaweed yang saya gunakan dalam resepi nasi goreng korea ini boleh cuba beli di shopee. Ini adalah link kimchi atau seaweed ini sekiranya anda ingin membuat pembelian.

Resipi nasi goreng kimchi ini memang mudah dan simple sangat kan. Saya tidak tambah garam maupun perasa lainnya kerana kimchi yang saya beli di shopee ini memang sudah cukup rasa. Sekiranya anda ingin tambah sedikit rasa masin lagi, boleh tabur seaweed di atasnya. Dan boleh letak sebiji telur jika mahu.

Ingin tahu mengenai program turun berat badan 2 hingga ke 10kg dalam masa sebulan dan di bawah pemantauan saya. Boleh klik link ini.

RELATED POSTS

Resepi Japchae Diet

Tuna Kimchi Fried Rice

Salmon Sushi Bake Recipe

27 Cara Kempiskan Perut Buncit



2 thoughts on “Nasi Goreng Kimchi – [Resipi tanpa Gochujang – sihat dan mudah]”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating