Resipi Oat – Aneka Resipi Oat Untuk Kurus

Resipi Oat – Aneka Resipi Oat Untuk Kurus

Resipi oat ini banyak yang boleh dilakukan dengan mudah dan tidak perlu memakan masa yang lama untuk masak. Saya rasa itu mungkin juga salah satu sebab kenapa banyak orang memilih oat sebagai hidangan mereka.

Oat juga sinonim dengan mereka yang nak kurus atau sedang diet. Bagi mereka yang tidak tahu nak makan apa waktu sedang diet, boleh mencuba resipi oat ini. Perlu saya ingatkan nak diet yang penting mesti tahu bagaimana melakukan kalori defisit.

Calculate your optimal calories
Step 1: Basic Information
Imperial
Metric
years
Step 2: Activity Level
Step 3: Select your goal

KENAPA RESIPI OAT?

Kebanyakan resipi oat yang selalu orang popularkan adalah resipi overnight oat. Tapi sebenarnya banyak je lagi resipi yang menggunakan oat yang boleh dimasak sebagai makanan tengahari, makan malam juga sebagai dessert.

Fakta kandungan nutrien pada 100gram Oat : (1)

  • Kalori : 389kcal
  • Air : 8%
  • Protein : 16.9 gram
  • Karbohidrat : 66.3 gram
  • Gula : 0 gram
  • Fiber : 10.6 gram
  • Lemak : 6.9 gram

Selain melakukan diet yang baik dan kalori defisit, penting juga tahu bagaimana nak kawal saiz pengambilan makanan.

MANFAAT OAT

Ternyata Oat mempunyai banyak manfaat yang baik kepada tubuh badan kita. Oat mempunyai beta-glucan yang merupakan serat mudah larut yang sangat membantu menurunkan kadar kolesterol, mengawal kadar insulin, dan juga memberi kesihatan pada usus. (2, 3, 4)

Kerana kelebihan oat yang merupakan fiber mudah larut jugalah menyebabkan mudah untuk merasa kenyang sehinggakan boleh membantu pengurangan mengambil kalori makanan. (5)

Oat juga boleh membantu mereka yang mempunyai masalah sembelit. Ini kerana oat bran juga boleh membantu mengurangkan masalah pencernaan dan juga membantu mereka yang mempunyai masalah ulcerative colitis. (6, 7, 8)

Get New Recipes and Latest Info on Weight Mangement

* indicates required

RESIPI BUBUR LAMBUK OAT

Anggaran Kalori 406kcal

Bahan-bahan :

  • 1 cawan rolled oat 200mls air
  • 1 portion dada ayam dicincang
  • 1 biji bawang merah (potong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (potong dadu)
  • 1/2 inchi halia
  • 1/2 inci serai
  • Sedikit lada sulah, lada hitam
  • 1 sb olive oil
  • Daun sup (dicincang)
  • Daun bawang (dicincang)

Cara-cara memasak bubur oat:

  1. Panaskan olive oil kemudian tumis bawang, halia dan serai
  2. Masukkan ayam, tumis sebentar dan masukkan air bersama oat
  3. Rebeh sehingga masak dalam 10-15 min
  4. Perasakan dengan lada sulah, lada hitam dan garam pink
  5. Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.

Kalau rasa tak sedap badan, atau waktu hujan-hujan begini memang sedap bila makan bubur oat ini. Bolehlah mencubanya ya.

RESIPI OAT APPLE CRUMBLER

Anggaran kalori 192kcal

Bahan-bahan :

  • 4 biji epal hijau – dibuang kulit dan dipotong dadu
  • 2 sudu masu asli @ 100 gram gula perang
  • 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 200 gram kepingan oat
  • 100 gram serbuk badam
  • 100 gram mentega tanpa garam & rendah lemak

Cara Membuat :

  1. Dalam mangkuk besar, satukan epal, gula perang atau madu asli dan serbuk kayu manis. Gaul sebati.
  2. Sediakan mangkuk tahan panas dan sapukan dengan sedikit mentega. Susun beberapa keping campuran epal tadi ke dalam mangkuk.
  3. Sementara itu, satukan kepingan oat, serbuk badam, dan mentega sejuk. Gaul sebati menggunakan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  4. Kemudian tabur crumble ini ke atas epal.
  5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15 hingga 20 minit atau sehingga epal crumble masak keperangan.
  6. Hidangkan panas. Jika suka, makan bersama greek yogurt.

Resipi ini sesuai sebagai dessert atau snacking. Bagi mereka yang nak mengawal atau hilangkan rasa craving atau mengidam, bolehlah mencuba resipi ini.

RESIPI OVERNIGHT OAT BERRIES

aneka resipi oat untuk kurus
Anggaran kalori 282kcal

Bahan-bahan :

  • 3 sudu besar rolled oat
  • 4 sudu besar greek yogurt
  • Buah-buahan berries secukupnya
  • Sedikit serbuk kayu manis

Cara Membuat :

  1. Masukkan rolled oat terlebih dahulu, kemudian greek yogurt di dalam bekas.
  2. Bubuh serbuk kayu manis, masukkan buah-buahan berries. Gaulkan. Letakkan dalam peti sejuk.
  3. Biarkan semalaman.

Ingin saya bantu anda turunkan berat badan 2 hingga 10kg dalam masa sebulan? Boleh klik ini untuk tahu mengenai info program.