Adakah anda sedang mencari-cari cara senaman kuruskan badan?
Melakukan senaman turunkan berat badan sahaja tidak mencukupi.
Cara yang paling baik apabila ingin memulakan gaya hidup sihat, maupun ingin mencari cara nak kuruskan badan adalah dengan mengabungkan cara pemakanan yang sihat dan berkhasiat juga melakukan senaman.
Bagi mereka yang tercari-cari cara nak kempiskan perut buncit juga boleh mendapatkan manfaat dengan melakukan senaman juga menjaga pemakanan.
Saya sendiri melakukan senaman juga memperhatikan apa yang saya makan. Saya memilih untuk makan makanan yang sedap, bernutrisi tinggi, dan seimbang.
Saya berumur 39 tahun dan juga merupakan ibu berkerjaya kepada tiga orang anak. Saya faham kesukaran wanita dalam nak menguruskan kesihatan dan berat badan.
Jika anda ingin saya bantu anda secara personal coaching seperti mana saya telah membantu ramai wanita seperti anda boleh lihat program yang saya tawarkan.
Penafian: Beberapa link yang terdapat di dalam blog ini mengandungi affilate links, saya mungkin mendapat komisyen sekiranya anda menekan link tersebut, TANPA SEBARANG KOS TAMBAHAN kepada anda. Saya berharap dengan membaca blog ini anda mendapat banyak manfaat. Terima kasih!
Cara Senaman Kuruskan Badan
Saya percaya banyak yang mencari cara senaman kuruskan badan untuk perempuan. Jadi, kali ini saya nak mengajar cara senaman kuruskan badan dalam seminggu.
Seeloknya melakukan senaman tiga kali dalam seminggu dan sekurang-kurangnya selama 30 minit.
Namun, sekiranya anda mempunyai berat melebihi 70kg dan ke atas, mempunyai masalah sakit lutut dan belakang. Saya sarankan anda untuk melakukan senaman dengan berjalan kaki sahaja.
Beberapa penelitian, menunjukkan mereka yang melakukan senaman dengan berjalan kaki selama 30 minit sehari boleh membantu mengawal berat badan dan membakar lemak.
Set senaman yang telah saya susun ini adalah senaman yang boleh membantu meningkat metabolisma badan juga mengecilkan peha dan perut.
Set Senaman Kuruskan Badan
1. Jumping Jack
Melakukan jumping jack boleh membantu meningkatkan kadar jantung (heart rate) sekaligus meningkatkan metabolisma badan dan membakar lemak.
Lakukan jumping jack dengan berdiri tegak terlebih dahulu, kemudian melompat sambil membuka kaki dan tangan ke kiri juga ke kanan secara bersamaan.
2. Squats
Senaman squats fokus kepada kumpulan otot glute anda. Ini juga membantu menguatkan bahagian badan bawah dan juga senaman kuruskan peha yang paling popular.
Caranya adalah berdiri tegak terlebih dahulu, kemudian buka kaki sedikit. Cuba untuk libatkan otot core dan turun secara menegak ke bawah.
3. Lunges
Lunges adalah salah satu senaman kuruskan perut juga membantu menguatkan badan bahagian bawah.
Cara melakukan lunges adalah dengan meletakkan satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang.
Bengkokkan lutut di bahagian depan dengan turunkan badan dalam keadaan 90 degree. Kaki belakang juga akan ikut turun sekali. Kemudian naikkan badan secara tegak juga.
Lakukan pada kedua-dua belah kaki.
4. Butt Kicks
Seterusnya kita akan melakukan senaman butt kicks. Ini membantu menguatkan otot hamstring juga meningkatkan metabolisma badan.
Caranya adalah melakukan larian setempat dengan mengangkat kaki tinggi cuba untuk menyentuh punggung anda.
5. Plank
Ini juga merupakan senaman kuruskan perut yang popular. Senaman ini fokus untuk memberi bebanan pada otot di bahagian perut.
6. Side Plank
Senaman side plank ini baik untuk mereka yang mempunyai masalah sakit belakang tapi nak kuruskan perut.
Side plank fokus kepada otot quadratus lumborum. Juga membantu mangaktifkan otot di lengan.
7. Mountain Climb
Senaman mountain climb ini selain membantu meningkatkan metabolisma badan, ianya membantu juga menguatkan otot di perut juga lengan.
8. Push ups
Senaman push ups sangat baik untuk mengaktifkan otot di bahagian atas badan terutama pada otot dada, triceps dan lengan.
Terdapat pelbagai variasi melakukan push ups. Seperti di atas ini adalah push ups yang agak advance.
Sekiranya anda belum boleh melakukan push ups seperti gambar pertama boleh lakukan dengan meletakkan lutut di lantai.
Atau melakukannya seperti ini dengan menumpukan bebanan badan ke objek.
9. Burpees
Akhirkan set senaman ini dengan melakukan burpees. Ini adalah senaman kuruskan badan yang menggunakan otot-otot bahagian atas dan juga bawah badan.
Lakukan setiap senaman selama 20 saat
Berehat selama 10 saat
Lakukan sebanyak 4 set
Setiap berakhir satu set, berehat selama 40 saat
Set senaman kuruskan badan ini mengambil masa dalam 25-30 minit sahaja
Rekomendasi Produk Senaman Kuruskan Badan
Saya sangat berharap dengan sedikit perkongsian saya senaman kuruskan badan ini boleh membantu anda untuk mencapai matlamat anda untuk kehidupan yang lebih sihat.
Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat personal coaching dari saya di mana saya akan ajar anda ilmu nutrisi, pelan pemakanan sihat juga resepi, dan juga senaman. Anda boleh lihat program saya.
Sekiranya anda mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini, boleh lah membantu saya untuk kongsikan ilmu ini kepada keluarga dan juga rakan-rakan anda.
Related Posts
27 Cara Kempiskan Perut Buncit