Kali ini saya nak kongsikan resepi ayam percik. Teringat dulu waktu kerja di hospital, waktu tu saya sedang oncall dan salah satu jururawat hospital belanja saya masakan ayam percik Kelantan. Memang sedap rasanya.
Rupanya terdapat perbezaan resepi ayam percik ini mengikut negeri. Sebagai contoh ayam percik resepi negeri Melaka, kuahnya berwarna merah dan mempunyai rasa manis dan pedas berbanding ayam percik resepi negeri Kelantan yang berwarna putih.
Saya teringin mencuba resepi ayam percik che nom tapi saya membuat keputusan untuk mengubahsuai sedikit cara masak ayam percik ini agar menepati misi saya iaitu membantu mereka yang mencari cara nak kuruskan badan tapi boleh makan sedap.
RELATED POSTS
Resepi Nasi Ayam Sihat, Simple, Diet
Penafian: Beberapa link yang terdapat di dalam blog ini mengandungi affilate links, saya mungkin mendapat komisyen sekiranya anda menekan link tersebut, TANPA KOS TAMBAHAN kepada anda. Saya berharap dengan membaca blog ini anda mendapat banyak manfaat. Terima kasih!
Anda tidak mempunyai masa untuk memasak? Ataupun mempunyai kekangan masa dan ingin mengurangkan masa anda di dapur? Anda boleh cuba pes ayam percik di bawah.
- Nurin frozen ayam percik
- Ayam perap percik satu ekor
- Classic charcoal BBQ satay grill stove mini
- Sambal perap ayam percik pedas
- Frozen ayam percik siap marinate dan bakar arang sedia dimakan
- Maggi perencah perap ayam percik
- Bubur ayam percik untuk anak umur 18bulan
Cara Masak Resepi Ayam Percik
Masa penyediaan: 20 menit
Masa memasak: 30 menit
Hidangan: Satu orang untuk tiga hari
Bahan-bahan:
- 3 keping dada ayam
Bahan Perap:
- 2 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inchi halia
- 1 sk garam pink
Cara buat ayam percik : Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada dada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga masak. Boleh kukus ayam terlebih dahulu supaya cepat masak dan sekata masaknya. Sementara ayam dibakar, boleh sediakan bahan kuah
Resepi Kuah Ayam Percik
Bahan Kuah:
- 1 cawan cooking cream
- 2 biji bawang merah
- 1/2 inci halia
- 1 batang serai
- 5 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
- 1 sk garam pink
- 1 sk gula perang
- 1/4 keping asam keping – letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam
Cara masak kuah percik: Kisar semua bahan kuah dengan cooking cream dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula. Tutup api dan boleh bahagikan kepada 3 bahagian.
Resepi ayam percik ini simple kan? Untul setiap hidangan boleh dimakan bersama nasi beras perang dan ulam-ulaman. Anggaran kalori untuk setiap hidangan adalah 401kcal
Adakah Makan Ayam Sihat?
Daging ayam adalah antara daging yang popular dan mudah didapatkan di Asia Tenggara. Ayam kaya dengan nutrien yang penting seperti protein, niacin, selenium, dan phophorus.
Daging ayam antara daging yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Protein sangat penting dalam membina dan membaiki sel-sel dalam badan juga membina otot. (1)
Selenium pula penting membantu dalam fungsi sistem imun badan, kesihatan tyroid dan untuk kesuburan. (2)
Daging ayam juga kaya dengan vitamin B seperti niacin dan vitamin B6 dan vitamin B12, yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga, pembentukan DNA, dan kesihatan otak. (3)
Beberapa penelitian menunjukkan pengambilan protein yang mencukupi sangat membantu dalam memberikan rasa kenyang, membantu dalam menurunkan berat badan, dan juga untuk kesihatan secara menyeluruh. (4, 5, 6)
Apakah Bahagian Ayam Yang Tinggi Protein Dan Rendah Kalori?
- Dada Ayam: Mengandungi 54 gram protein, atau 31 gram protein setiap 100 gram (Anggaran kalori 284kcal) (7)
- Paha Ayam: Mengandungi 13.5 gram protein, atau 26 gram protein setiap 100 gram (Anggaran kalori 109 kcal) (8)
- Kepak Ayam: Mengandungi 6.4 gram protein, atau 30.5 gram setiap 100 gram (Anggaran kalori 42kcal) (9)
Apakah Cara Masak Ayam Sihat?
- Grill
- Bakar menggunakan oven
- Goreng sekilas
- Rebus
- Steam
Bagaimana? Sudah bersedia untuk mencuba resipi ayam percik simple ini? Apa-apapun nasihat saya adalah dalam melakukan sebarang jenis diet pastikan anda melakukan kalori defisit juga menyeimbangkan makanan dengan cukup makro juga mikronutrien.
Selain daripada itu, mengetahui bagaimana untuk mengawal saiz hidangan juga boleh membantu mempercepatkan proses pengurusan berat badan anda.
Sekiranya anda sudah mencuba diet secara sendiri dan masih belum berjaya menurunkan berat badan, anda juga boleh mendaftar program saya dimana saya akan coaching anda secara personal untuk turunkan berat badan.
Sekiranya anda sudah mencuba resipi ayam percik ini, bolehlah memberi saya feedback sama ada cara buat ayam percik ini sedap dan mudah dilakukan. Saya menghargai sebarang komen anda.
Recent Comments