Resepi Tomyam – Aneka Hidangan Sihat Dari Pes Tomyam

Resepi Tomyam – Aneka Hidangan Sihat Dari Pes Tomyam

Antara resepi dan makanan kegemaran saya adalah Tomyam. Rasa Tomyam yang manis, masam, masin, pedas dan aroma bau yang tersendiri menyebabkan Tomyam bukan sahaja makanan yang disukai di Malaysia malah boleh dikatakan seluruh dunia.

Tomyam adalah makanan yang berasal daripada negara jiran kita iaitu Thailand. Kata “Tom” yang bermaksud rebus manakala “Yam” campuran. Ini adalah sesuai kerana Tomyam yang cukup sifatnya mesti memiliki bahan- bahan tomyam yang penting iaitu daun limau purut, serai, lengkuas, jus limau, cili padi dan sos ikan.

Malangnya tidak diketahui bila dan siapa yang menciptakan hidangan ini di Thailand. Namun record yang menyatakan bagaimana memasak Tomyam dijumpai pada buku masakan oleh Maawn Sohn Jeen (1890).

Perlu saya ingatkan, apapun makanan yang kita makan. Pastikan makanan itu cukup makronutrien, dalam kuantiti saiz yang sederhana dan paling penting dalam keadaan kalori defisit atau maintenance.