Teknik Pernafasan – [Relaksasi & Anxiety]

Teknik Pernafasan – [Relaksasi & Anxiety]

Teknik pernafasan yang bakal dr Nad ajarkan ini sesuai untuk mereka yang mencari cara nak relaksasi atau mempunyai masalah anxiety dan stress.

Stress adalah reaksi tindak balas mental dan juga fizikal kita terhadap faktor persekitaran kita. Setiap hari kita mempunyai risiko untuk mendapatkan stress. Perkara yang berbahaya, kematian orang yang kita sayangi, masalah di tempat kerja, kesihatan dan lain-lain merupakan faktor-faktor stress yang sering kita hadapi.

Stress sebenarnya memberikan manfaat kepada tubuh badan kita dalam jangka masa yang pendek. Ini kerana badan akan memberikan respons seperti peningkatan kadar pernafasan, degupan jantung, dan menyediakan otot-otot badan kita memberi respons kepada stimuli akibat stress.

Contohnya sekiranya kita berdepan dengan seekor ular, maka respons tubuh badan kita adalah melarikan diri daripada makhluk berbahaya ini. Inilah salah satu kebaikan stress. Namun, jika kita berhadapan dengan masalah stress dalam jangka masa yang lama. Inilah yang memberikan dampak negatif kepada tubuh badan kita.

Oleh kerana itu, salah satu cara untuk menangani masalah stress, anxiety maupun anda yang tengah mencari cara untuk merelaksasikan minda adalah dengan melakukan teknik pernafasan yang bakal dr Nad ajar sebentar lagi.

Related Posts

Rahsia Penyanyi Adele Hilang 45kg Berat Badan Beliau

23 Cara Nak Kuruskan Badan Dalam Masa Seminggu

27 Cara Nak Kempiskan Perut Buncit

Koleksi Resepi Diet Sihat

Stress untuk jangka masa yang panjang boleh memberikan dampak negatif kepada kesihatan mental dan juga fizikal kita.

teknik pernafasan - dampak stress
Dampak Stress Kepada Kesihatan Mental Dan Fizikal

Terlalu banyak dampak negatif akibat stress kepada kesihatan mental dan fizikal kita seperti gambar rajah di atas.

Stress menyebabkan bahagian otak hypothalamus menyuruh organ adrenal untuk menghasilkan hormon adrenaline dan hormon kortisol. Hormon kortisol ini adalah antara penyebab kita makan secara berlebihan dan meningkatkan risiko kegemukan.

Get New Recipes and Latest Info on Weight Management

* indicates required

Teknik Pernafasan

Anda boleh melihat cara dr Nad melakukan teknik pernafasan dengan melihat video di atas. Cara penafasan dr Nad adalah gabungan daripada beberapa teknik. Alhamdulillah teknik ini adalah antara teknik yang berjaya membantu peserta dr Nad untuk menguruskan badan.

teknik pernafasan

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui mengenai info program personal coaching one to one bersama dr Nad dan ingin tahu bagaimana dr Nad membantu ramai peserta yang mempunyai masalah berat badan untuk mendapatkan berat badan ideal mereka kembali, boleh lihat info program di sini.

Beberapa kombinasi teknik pernafasan yang dr Nad lakukan adalah box breathing, deep breathing, Sama Vritti, resonant or coherent breathing, dan pursed lip breathing.

Teknik ini boleh dilakukan dalam keadaan sedang duduk di kerusi maupun duduk di lantai. Kalau melakukannya di atas kerusi, pastikan anda duduk secara menegak dan kaki mencecah ke lantai.

Jika melakukannya dalam keadaan duduk di lantai, pastikan anda duduk dengan tulang belakang menegak dan dalam keadaan lotus atau half lotus. Ini boleh membantu tulang belakang anda menegak dan menyokong otot untuk deep breathing.

teknik pernafasan - lotus position (2)
Posisi Lotus
teknik pernafasan - half lotus position (3)
Posisi Half Lotus

Cara-cara pernafasan:

1. Duduk dalam posisi seperti yang diterangkan di atas.

2. Pastikan anda berada di persekitan yang konduksif atau tenang bagi memastikan kerberhasilan teknik ini.

3. Teknik ini saya lakukan 3×3 bermaksud melakukannya 3 kali. Anda boleh melakukannya melebihi daripada 3 kali sekiranya anda masih merasa belum mencapai relaksasi.

4. Tips untuk cara yang pertama adalah dengan hanya fokus kepada degupan jantung anda dan cuba untuk rendamkan bunyi persekitaran lain.

5. Mula tarik nafas secara perlahan-lahan melalui hidung. Secara ideal adalah selama 5 saat.

6. Perlahan-lahan fokus untuk kembangkan paru-paru dan rasakan degupan jantung anda.

7. Tahan nafas anda selama 5 saat.

8. Hembuskan nafas melalui mulut dengan memuncungkan bibir anda. Perlahan-lahan hembuskan nafas anda selama 5 saat.

9. Lakukan pernafasan ini sebanyak tiga kali.

10. Kemudian kita akan melakukan cara kedua dengan melakukan deeper breathing techique atau pernafasan mendalam.

11. Tips untuk cara yang kedua adalah fokus kepada mengembangkan perut.

12. Mula tarik nafas secara perlahan-lahan melalui hidung dan lakukannya dalam masa 5 saat.

13. Fokus kan kepada mengembangkan perut dan bukannya mengembangkan paru-paru. Bayangkan perut anda seperti belon dan cuba kembangkan sebesar yang anda mampu.

14. Tahan pernafasan anda selama 5 saat.

15. Hembuskan nafas secara perlahan-lahan dengan memuncungkan bibir anda selama 5 saat. Waktu menghembuskan nafas jangan melalui hidung namun dengan mulut.

16. Lakukan sebanyak 3 kali atau beberapa kali yang anda mampu.

Teknik Pernafasan 4-7-8