Kali ini, Dr Nad nak kongsikan resepi roti john. Roti john ini adalah salah satu kegemaran makanan rakyat Malaysia terutama mereka yang suka berjalan-jalan ke pasar malam.
Saya masih ingat waktu masih bersekolah menengah dulu, suka sangat berjalan-jalan cari makan di pasar malam bersama sepupu-sepupu dr nad. Antara menu pilihan pastilah roti john.
Kadang, teringin juga nak makan roti john. Tapi mengingat sos banjir dan cara juga pilihan masakan yang kurang sihat membuatkan dr nad terpanggil nak mencuba membuat resepi roti john pasar malam versi sihat yang sesuai untuk mereka yang sedang diet.
Dr Nad juga terpanggil untuk memberi edukasi kepada rakyat Malaysia bahwa makan makanan sihat itu tak mahal dan sebenarnya mudah untuk dilakukan dan juga sedap.
Related Post
Penafian: Beberapa link yang terdapat di dalam blog ini mengandungi affilate links, saya mungkin mendapat komisyen sekiranya anda menekan link tersebut, TANPA SEBARANG KOS TAMBAHAN kepada anda. Saya berharap dengan membaca blog ini anda mendapat banyak manfaat. Terima kasih!
Rekomendasi Produk
Beberapa produk yang saya sendiri guna dalam resepi roti john ini, kesemua produk ini saya telah membuat kajian dan saya rekomendasikan untuk anda menggunakannya:
Cara Masak Resepi Roti John
Pendekatan saya dalam mencuba atau cara saya memilih makanan adalah saya pastikan makanan itu lengkap dengan makronutrien.
Kebanyakan mereka yang sedang diet hanya fokus kepada mengurangkan pengambilan makanan tanpa memperhatikan kualiti dan cara penyediaan makanan itu sendiri.
Maka tidak hairanlah, banyak yang tidak berjaya dalam melakukan diet. Ini kerana badan tidak mendapat nutrisi yang diperlukan bagi membolehkannya berkerja secara optima.
Hasilnya, tidak akan nampak perubahan dari segi angka di penimbang malah yang lebih mengecewakan, berat yang hilang kembali semula seperti sedia kala. Seperti segala usaha nampak sia-sia.
Ok, sebelum dr Nad melencong pergi topik lain. Jom kita teruskan bagaimana nak masak resepi roti john ini.
Bahan2 Roti John
Karbohidrat – Karbohidrat adalah penyumbang sumber utama tenaga kepada tubuh badan kita. Dalam resepi roti john simple ini, kita akan mengunakan roti wholemeal.
Kenapa roti wholemeal? Kerana index glisemik yang rendah dan ini membantu meregulasi hormon insulin. Roti wholemeal sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis.
Protein – Protein membantu dalam membina dan memperbaiki sel-sel dalam tubuh badan kita. Sumber protein yang akan saya gunakan dalam resepi roti john ini adalah tuna.
Tuna mempunyai kandungan omega-3 yang tinggi. Ianya baik untuk menurunkan kolesterol, bertindak sebagai anti-inflamasi dan juga baik untuk otak.
Selain tuna, boleh juga menggunakan dada ayam atau daging cincang sebagai ganti.
Lemak Baik – Lemak baik membantu usus untuk menyerap vitamin A, D, E, dan K yang penting dalam meregulasi hormon dalam badan.
Dalam resepi ini, kita akan menggunakan olive oil. Pilih olive oil untuk masak ya bukan yang untuk dressing. Kalau tak ada olive oil, boleh gunakan coconut oil.
Cara Buat Roti John Sedap
Resepi Roti John
Ingredients
- 2 tin tuna chunk in water
- 1 biji bawang merah besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 sb garam pink
- 2 sb serbuk kari
- 1 sb serbuk cili
- sedikit daun sup/ daun bawang
- 1 sb olive oil
- 3 biji telur
- 3 keping wholemeal bun
Instructions
- Tumis bawang merah dan bawang putih dengan olive oil
- Masukkan tuna dan masak seketika. Letakkan garam, serbuk kari, serbuk cili dan gaul sehingga masak dan bahagi pada 3 bahagian.
- Pukul 1 biji telur, letakkan hirisan daun sup atau daun bawang dan letak 1 bahagian bahan yang digoreng tadi.
- Tuangkan di atas pan, dan letakkan bun wholemeal diatasnya. Tunggu seketika dan terbalikkan roti untuk masak bahagian yang sebelah lagi.
- Siap untuk dihidang.
Notes
- Anggaran kalori ada satu kali hidangan.
- Sebaiknya saya akan tambah letak daun lettuce, timun, atau tomato cherry untuk serat.
- Boleh variasikan kalau nak letak saus. Contohnya waktu masak tuna tu, hanya seasoning kan dengan sedikit garam, dan lada hitam. Boleh letak sriracha sebagai ganti sos cili. Sriracha ni lebih sihat dan rendah kalori berbanding dengan sos cili biasa.
Resepi roti john guna roti gardenia pun boleh. Senang je nak cari roti ni dekat mana-mana kedai runcit.
Saya harapkan dengan sedikit perkongsian cara masak roti john sedap ini boleh memuaskan rasa craving anda tanpa rasa bersalah.
Sekiranya anda dah mencuba resepi roti john mudah ini, bolehlah kongsikan di ruangan komen. Saya suka untuk membaca feedback daripada anda.
Bantu saya untuk kongsikan resepi ini kepada keluarga dan rakan-rakan sekiranya artikel ini memberi manfaat kepada anda.
Jika anda ingin menguruskan badan dan memerlukan khidmat personal coaching one to one boleh baca bagaimana saya membantu ramai peserta menurunkan berat badan mereka hanya dengan betulkan cara pemilihan makanan.