Resepi Macaroni Bakar

Dr Nad nak kongsikan resepi macaroni bakar yang sihat, ringkas, rendah kalori dan sesuai untuk mereka yang sedang diet.
Resepi macaroni bakar ini adalah antara resepi kegemaran anak lelaki saya. Memang antara bekal makanan sekolah yang paling digemari anak saya. Kalau boleh hari-hari nak makan macaroni bakar ini, boleh sampai jelak tukang masaknya. 😅
Saya sebenarnya kurang gemar makan macaroni ini sebab dulu kecil-kecil memang mak saya tak masak makanan ini jadi saya tak berapa pandai makan. Suatu hari, anak lelaki saya bawa balik macaroni bakar yang beliau beli di sekolah.
Melihat dan mencuba makanan tersebut menyebabkan saya risau sikit mengenai pemilihan makanan anak saya. Iyalah mak dia tahu cara pemakanan yang sihat mestilah diajarkan juga kepada anak-anak kan.
Lagipun saya mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit kencing manis, darah tinggi juga jantung begitu juga sebelah suami. Maka saya agak berhati-hati kerana saya tahu kesannya apabila mendapat penyakit ini.
Jadi saya ditantang oleh suami untuk menjadikan resepi macaroni bakar ini jadi lebih sihat dan harapannya anak-anak saya pun suka. Alhamdulilah, resepi macaroni bakar ini menjadi dan saya nak kongsikan kepada anda.

Related Post
Salmon Sushi Baked Without Cheese Cream
Penafian: Beberapa link yang terdapat di dalam blog ini mengandungi affilate links, saya mungkin mendapat komisyen sekiranya anda menekan link tersebut, TANPA SEBARANG KOS TAMBAHAN kepada anda. Saya berharap dengan membaca blog ini anda mendapat banyak manfaat. Terima kasih!
Rekomendasi Produk
Casserole Dish
Bekas Makanan Kedap Udara
Boxed Grater
Matlamat saya dalam masak resepi macaroni bakar ini adalah nak menjadikannya makanan sihat yang seimbang makronutriennya. Bagi anda yang sedang diet, suka saya ingatkan selain memilih makan makanan yang sihat sebaiknya juga melakukan kalori defisit juga mula bergerak aktif.
Jika anda belum tahu berapa kalori defisit yang perlu anda lakukan untuk keperluan harian anda. Anda boleh lah mengisi data pada kalkulator di bawah ini.
