Resepi Japchae Goreng- [Simple, Halal Diet]

resepi japchae

Resepi japchae diperkenalkan pada abad ke-17 di pemerintahan Raja Cwanghaeun, raja ke-15 yang memerintah Dinasti Joseon. Orang yang bertanggungjawab mencipta resepi japchae adalah Yi Chung. Menariknya, pada zaman itu resepi japchae ini tidak menggunakan mee sama kali. Hanya setelah 200 tahun resepi ini dicipta, barulah japchae menggunakan mee lebih spesifik lagi glass-noodles atau suhun. Resepi […]

Resepi Sambal Telur [simple, mudah dan sesuai untuk orang diet]

resepi sambal telur

Resepi sambal telur ini sesuai sungguh dimasak kalau tengah malas atau takda idea nak masak apa. Lagi pula, telur adalah pilihan makanan yang mengandungi kandungan protein, lemak baik, dan juga mikronutrien yang bermanfaat untuk badan. Telur padat dengan nutrien dan mengenyangkan, kerana kandungan proteinnya yang tinggi. (1) Selain itu, harganya juga murah dan mudah didapatkan. […]

Resepi Donut [Simple, Gebu, Halal Diet]

resepi donut

Dr nad nak kongsikan resepi donut yang simple, mudah, gebu, lembut, sedap dan paling penting sesuai untuk mereka yang sedang diet tapi teringin nak makan donut. Tapi sebelum dr nad kongsikan resepi donut yang mudah lagi simple ini, macam biasa dr nad akan berkongsi perkongsian ilmu pemakanan sihat. Senang sangat nak makan donut. Order secara […]

Resepi Ayam Percik

resipi ayam percik

Kali ini saya nak kongsikan resepi ayam percik. Teringat dulu waktu kerja di hospital, waktu tu saya sedang oncall dan salah satu jururawat hospital belanja saya masakan ayam percik Kelantan. Memang sedap rasanya. Rupanya terdapat perbezaan resepi ayam percik ini mengikut negeri. Sebagai contoh ayam percik resepi negeri Melaka, kuahnya berwarna merah dan mempunyai rasa […]

Resipi Oat – Aneka Resipi Oat Untuk Kurus

Resipi overnight oat

Resipi oat ini banyak yang boleh dilakukan dengan mudah dan tidak perlu memakan masa yang lama untuk masak. Saya rasa itu mungkin juga salah satu sebab kenapa banyak orang memilih oat sebagai hidangan mereka. Oat juga sinonim dengan mereka yang nak kurus atau sedang diet. Bagi mereka yang tidak tahu nak makan apa waktu sedang […]

Review Diet Telur – Berserta Menu Resipi

diet telur

Diet telur ini banyak diperkatakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mana taknya, pengalaman beberapa selebriti terkenal luar dan dalam negara seperti Nicole Kidman dan juga Zulin Aziz yang berjaya menguruskan badan dengan melakukan diet telur. Malah Zulin Aziz pernah berkongsi pengalaman beliau melakukan diet telur ini di media sosial dan berjaya turun sehingga 10 kg! […]

Resepi Tomyam – Aneka Hidangan Sihat Dari Pes Tomyam

resipi tomyam

Antara resepi dan makanan kegemaran saya adalah Tomyam. Rasa Tomyam yang manis, masam, masin, pedas dan aroma bau yang tersendiri menyebabkan Tomyam bukan sahaja makanan yang disukai di Malaysia malah boleh dikatakan seluruh dunia. Tomyam adalah makanan yang berasal daripada negara jiran kita iaitu Thailand. Kata “Tom” yang bermaksud rebus manakala “Yam” campuran. Ini adalah […]

Resipi Nasi Goreng Cili Kering simple dan sedap

nasi goreng cili kering

Kali ini, saya nak kongsikan resipi nasi goreng cili kering. Saya memang pencinta nasi goreng. Terutama lagi kalau pedas, makan waktu panas-panas mak mertua lalu memang tak nampak. Lagipun masak nasi goreng cili kering ini memang mudah untuk dilakukan. Dan paling penting tak perlu waktu yang lama untuk masak. Lagi-lagi bila kita tak punya banyak […]

Resepi Nasi Ayam [Simple dan Sedap]

nasi ayam hainan

Bagi mereka yang tak berapa pandai masak sesuai mencuba resepi nasi ayam ini. Saya nak kongsikan cara masak nasi ayam simple, insyaAllah menjadi. Resepi nasi ayam ini juga sesuai untuk mereka yang nak kuruskan badan. Penting dalam membuat nasi ayam adalah nasi tu kena rasa sedap. Kalau tak, memang tak menjadilah resipi ini. 😭 Untuk […]

Nasi Goreng Kimchi – [Resipi tanpa Gochujang – sihat dan mudah]

resepi nasi goreng kimchi

Kebelakangan ini, selalu sangat nampak influencer makan nasi goreng kimchi dekat ig story, waktu dorang pergi ke korea. Seronok tengok, rasa macam ikut sekali pergi. Terliur tengok mereka makan nasi goreng korea tu, rasa nak buat resipi nasi goreng kimchi tapi versi sihat dan diet (cukup makronutrien dan mikronutrien) dan rendah kalori 🤤 Kalori nasi […]